besok sebelum apa-apa
hanya satu yang inginkan ku pinta
boleh kah sebelum apa-apa
aku mahu memeluk kamu terlebih dahulu ?
aku rindu.
sangat.
rindu pelukan kau
rindu semuanya
kita berdua hanyalah dua manusia yang bobrok
yang ketagihan cinta
kehausan kasih sayang
akan tetapi kita telah hancur sebelum bertemu
jadinya pasti mengambil masa untuk pulih
aku sedar itu kerana aku juga sama
jadi sebelum apa-apa
mari berdakapan terlebih dahulu
agar kita terubat rindu
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poetrysinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
