sekiranya masih tersisa rasa untuk menjenguk ku
walaupun hanya sekedar menjenguk tanpa berniat untuk menegur ku,
bacalah karya ini..
kerana sehingga kini aku masih belum dapat menghilangkan kau dalam fikiranku
menjalani hari-hari sepi tanpa kau ibarat angka sifar yang dikelilingi dengan siratan-siratan lain,
bayangan itu masih jelas
masih terasa seperti kau masih disini
sumpah rindu itu berat,
semua tentang engkau itu masih aku simpan
biarpun mereka menggesa aku untuk merelakan
akan tetapi aku tidak boleh
bukan aku tidak cuba wahai sang rerama berkelopak merah jambu
maafkan aku
aku masih rasa
sumpah aku rindu
semoga baik-baik sahaja di sana,
jika terdetik di secebis hati kecil kau itu untuk kembali,
pulanglah tanpa teragak-agak
aku masih setia disini
sebenarnya sesungguhnya.
malam ini terasa berat
aku tidak dapat melelapkan mata
kerana masih berfikir pasal kau
dimana salah kita
masihkah ada ruang untuk berjuang
masihkah boleh untuk dibaiki
jikalau engkau tanyakan itu kepadaku
tanpa teragak-agak aku akan mahu
sekiranya itu bersama kamu
aku sanggup
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
شِعرsinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
