semenjak hari itu,
sampai tika ini,
95 hari sudah berlalu.
sepatutnya kita sudah melewati pelbagai perkara bersama selama tempoh itu sekiranya kita masih bersama.
mungkin lebih mengenali antara satu sama lain
mungkin lebih rapat
mungkin lebih intim
mungkin lebih menerima
tapi ya,
hanya mampu setakat itu,
cukup sekadar 'mungkin'.
jikalau kau masih baca karya aku,
hanya mahu kau tahu yang aku bukan jenis yang mudah jatuh hati,
tentang kita?
aku sangat ikhlas,
tapi tidak akan menjadi apa-apa sekiranya cuma aku yang berjuang.
aku...
masih lagi terngiang-ngiang akan suara kamu,
masih mencari kamu di setiap sudut walaupun mustahil kau akan berada disitu,
masih membelek foto dan video yang pernah aku rakam dahulu,
kerna itu saat paling bahagia aku.
jangan rasa bersalah,
aku yang memilih sebegitu
aku yang bertanggungjawab atas perasaan aku.
walaupun pengakhiran ini tidak seperti yang diharapkan,
ya,
cukup sekadar kamu .
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poetrysinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
