menyesal

11 1 0
                                        

aku mula sedar yang sememangnya dari awal,
aku yang bermasalah.
seharusnya aku tidak perlu begitu
meskipun perasaan itu murni,
tetap perlu berhati-hati,
sabar itu kunci dan kunci yang aku gunakan untuk membuka itu terlampau cergas.
drastik dalam membuat keputusan kerana bagiku tiada yang lain seperti kamu dan kamu yang aku tunggu setelah lama menunggu.

ya, cepat datang cepat juga pergi
seraya kamu ingin menikmati "slowburn"
aku takut kamu dicantas yang lain,
kan itu hak mu,
sumpah aku tidak sepatutnya begitu.

menyesal.
menangisi kepergian yang tidak akan pulang.

dengan itu aku banyak menaakul
menelaah dimana silapnya agar nanti
aku tidak akan sebegitu lagi.

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang