Andai aku dapat memutarkan waktu,
akan aku kembali ke masa itu
semasa kali kedua kita bertemu
di stesen LRT berjalur kuning
puchong perdana
sekiranya aku tahu kita bakal berakhir begini,
tidak akan aku luncurkan kata itu
perkataan keramat yang aku ucapkan di telinga kau semasa aku sudah ingin pulang,
kerana lelaki gila mana yang tiba-tiba bilang
"aku sayang kau"
hanya apabila dua kali kita bertemu
perempuan gila mana juga yang akan percaya kan?
hahaha
gelojoh
bukan apa,
aku cuma terpegun dengan seketul ciptaan tuhan ini
sebinggakan aku.....entahlah.
ah merepek apa malam-malam ni,
kau rindu dia kan?
ya, sangat..
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Puisisinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
