Frekuensi Rindu

6 0 0
                                        

Jujur dengan aku,
sang rerama berkelopak merah jambu
rasa itu masih 'rasa'
kan?
kau yang mengetuk hatiku
memancarkan frekuensi rindu itu pada aku

ketika aku sedang menjalani hidup insan yang biasa
kau yang menghantarkan signal itu...kan?
petanda rindu kau buat aku

jangan risau kerana disini aku merasakan itu
sangat sampai sayang,
seperti usapan kasih yang mengusap manja kepalaku ketika berpelukan seperti hari itu
ya aku juga rindu.
sangat rindu.

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang