genap halaman yang ke seratus,
kau masih dalam aku
walau jasad sudah hilang entah kemana
jiwa dan rasa tu masih kekal utuh di situ
meski kita bukan lagi kita
kau tidak akan kembali
aku tahu,
tetapi separuh jiwa aku juga ikut pergi
disini aku sudah tidak tahu mahu apa lagi
tikaman itu melukakan kita masing-masing
sama ada dalam kita sedar atau tidak
kau layak pergi
kau sepatutnya begitu
terlalu banyak salah aku
terlalu banyak keliru kita
aku tidak tahu mahu apa lagi
seperti gila yang sedang terbang akan tetapi kakinya terikat tali
terngiang segala tentang semua
tuhan, tolong ajarkan aku tentang pulih
aku sakit begini
dia tidak perlu kembali kalau itu bakal menyakiti dia
aku hormat aku terima
barangkali ini karma untuk aku yang terdahulu
aku hormat aku terima
semoga bertemu dengan yang lebih baik
yang kau tidak perlu kabur lagi
yang tidak terlalu menekan
yang tidak terlalu beria
yang tidak provok
yang tidak memaksa untuk membalas walaupun dalam masa yang singkat
yang kau boleh rasa selamat
yang sempurna
aku tidak ada semua itu,
ternyata aku tidak layak
aku minta maaf.
tuhan,
aku cuma mahu tenang kembali
bantu aku.
please.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poésiesinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
