Aku menunggu di bawah seperti biasa,
kau tiba lalu ku membuka kan pintu untuk kamu masuk,
dalam keadaan bisu aku membawa kamu ke rumah,
komunikasi tidak beberapa jelas kerana seingat aku masih samar-samar.
Dialog juga seperti hanyut seangakatan sebati di dalam spektrum mimpi,
tapi apa yang aku ingat,
aku mengenalkan kamu kepada ortu ku.
lancar keadaan itu akan tetapi pada ketika itu aku tidak bereaksi.
tidak teruja mahupun gembira,
cuma sepi walaupun fizika kau itu jelas di sisi.
barangkali di dalam itu aku mengerti yang ini hanya sekadar mimpi dan bila aku tersedar nanti, semuanya seperti tidak pernah terjadi.
alangkah beruntung kalau ini merupakan petanda yang akan membawa kepada cebisan realiti dimana kita akan bertemu kembali.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Puisisinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
