kebelakangan minggu ini
aku hancur
tidak boleh melelapkan mata
jasad aku tidak merestui aku untuk berehat
meskipun matahari sudah hampir tiba
ufuk aku bergelora
berbolak-balik bercampur rasa
aku tidak bisa apa-apa
hanya mampu berdusta sekiranya ditanya tentang keadaan aku,
aku sakit
sakit kerana rindu
sakit kerana sayang
sumpah tidak pernah aku begini
sesakit ini kah sekiranya sudah terlalu menyayangi
sang rerama berkelopak merah jambu
pulang lah, sini kemari
aku rindu
aku tidak mahu apa-apa
aku cuma mahu kau
aku tidak mahu kau berbuat apa-apa pun
aku cuma mahu meminjam pelukan kau
untuk menenangkan aku
please
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poesiesinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
