sifar

10 1 0
                                        

seperti batu
ya, kembali menjadi seperti batu
kosong
sunyi tanpa emosi
lebih tegar memendam rasa itu
kerana disini persekitarannya kedap
sangat kedap

bernafas juga terasa sesak
emosiku gering
jika dibiarkan pastinya akan nazak
kemudian mati

harapan itu,
semakin menuju titik gelap
samar-samar dek ditinggalkan tanpa jejak

ya, ambil masa juga untuk pulih.

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang