Harini aku lebih tenang
sudah tidak terasa
pelik juga tetapi tidak mengapa
aku boleh lena
malah nyenyak
syukur pada qudsi
sesungguhnya kau yang maha tahu
bagaimana dan bagaimana
mungkin lebih baik kita begini
kerana masanya belum tiba lagi
mungkin nanti
dia mendengar bisikan titipan aku tiap malam buat kamu kerana Dia Maha Mendengar
kini segala urusan bicara rasa itu
terserah pada-Nya
jadi aku sudah tidak perlu khuatir
kerana jika benar kita ditakdirkan
pasti kita akan tiba juga pada masanya
selamat malam sang rerama berkelopak merah jambu
tidur nyenyak mimpi indah
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Puisisinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
