mereka juga mahu

7 0 0
                                        

kau tidak hadir pada malam kelahiranku
aku berharap walaupun sedikit untuk kau menoleh pada aku,
benar kau sudah lupa segala tentang ku?

famili kedua;
mereka juga masih bertanya-tanya
mereka juga masih mencari kau
malah turut merindui meskipun perkenalan bersama mereka itu cuma sebentar
mereka merasakan yang sama
mereka merasakan yang kau istimewa dalam hati mereka, apatah lagi aku

seakan tidak percaya yang kau bakal pergi
terus menghilang tanpa bukti
seperti angin bayu yang cuma singgah
dan berlalu apabila sudah tiba masanya

tuhan,
tolong satukan kami kembali
aku mohon dengan sebenar-benar mohon
untuk kau jagakan hati dia buat aku
kerana aku sudah gila
aku hanya mahu dia
tidak ada yang lain dan cuma dia

DiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang