sang rerama berkelopak merah jambu,
jangan takut
jangan takut dengan aku
jangan takut untuk jatuh demi aku
kerana aku
telah diajar dan dibentuk
oleh orang-orang yang punya hati yang tulus dalam berkasih sayang
sudah banyak yang aku saksikan
sudah banyak yang aku lihat dan rasa
dan sehingga sekarang aku masih belajar
aku tak akan berhenti belajar
supaya kita selesa dan indah bersama
bahagia sampai mati
bahagia selagi tuhan izinkan
aku cuma memerlukan engkau
untuk sudi bersama aku
pulih bersama
belajar bersama
tidak banyak yang ku pinta
cuma itu
kerana apa-apa yang ku lakukan
sekiranya itu demi kau, aku dan kita
aku sanggup
sumpah aku sanggup
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Puisisinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
