"Dia ada tapi dia macam tiada"
absent.
aku tidak dapat bayangkan wajah kamu
ketika begitu.
sumpah.
aku tidak dapat bayangkan ketika senyuman kamu pudar bertukar menjadi muncung.
perasaan kamu yang ceria bertukar menjadi mendung.
pengharapan kamu untuk bepaut kepada sosok seorang jejaka yang layak digelar bapa tapi menurutmu dia semacam tiada.
cukuplah,
maafkan dia
biarkan dia sahaja yang begitu
biar aku pikul tanggungjawab itu buat kamu
tidak membiarkan kamu sendiri dan mengabaikan kamu itu kini menjadi tugas aku
sentiasa bersama kamu itu kini tugas aku
tempat berpaut ketika kamu merasa sendiri itu
tugas aku
dan hanya tugas aku
untuk aku seorang, demi kamu sayang.
doakan aku,
doakan kita, noktah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poesiasinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
