dan pada malam ini aku masih rindu,
rasa itu tidak akan pernah pudar
tidak tahu bagaimana untuk melupakan
menghilangkan serta melenyapkan
apa yang telah terjatuh dalam hati.
kau...
masih ingat akan aku?
adakah rasa yang berbekas ini hasil daripada ketukan jiwa kau yang sedang merindu
lalu menghantar isyarat itu melalui tali halimunan yang pernah kita simpul dahulu.
ikatan pada aku masih utuh meskipun aku tahu kau yang memilih untuk memutuskan simpulan itu,
simpulan kita.
tidak mengapa,
semoga baik-baik sahaja di sana.
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poetrysinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
