merisik khabar

7 0 0
                                        

hey,
apa khabar di sana,
bagaimana hari-harimu?
aku doakan kau gembira dan bahagia,
tercapai ketenangan yang kau dambakan selama ini.

hey,
kau masih ingatkah tentang aku?
atau kau sudah selesai,
melupakan dan memadam kesemuanya
menutup segala ruang untuk kita kembali ?
sekeras itu ya kamu, it's okay
kau berhak membuat pilihan.

izinkan aku,
pintakan sesuatu

izinkan aku untuk menginap didalam ruangan hatimu walaupun cuma disudut paling kecil,
secebis juga tidak mengapa,
agar separuh jiwaku di sana dapat mengingatkan aku di sini bahawa kau pernah dan tetap akan bertempat yang khusus didalam jiwaku.

jikalau suatu hari nanti,
semesta takdirkan kita untuk bertemu kembali dalam versi kita yang masing-masing,
adakah layak untuk kita mencuba lagi?

pada masa itu kita sudah tidak perlu membicarakan tentang kepastian kerana kita sudah tahu tentang perasaan.

pada masa itu, kita cuma membicarakan tentang perancangan untuk melancarkan lamaran.

hahaha aku sedang berangan-angan
kan angan-angan itu percuma?
jika ditakdirkan diangkat dan didengari tuhan,
kan itu sudah menjadi titipan?
hanya menunggu masa untuk dikabulkan

yang paling penting sekali
tuhan maha tahu,
kepada tuhan aku serahkan.

DiaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang