kebelakangan ini aku tidak tahu mengapa
perasaan itu menjadi semakin
semakin rindu semakin rasa
akan tetapi aku tahu yang dia itu sukar
untuk mempercayai apatah lagi lelaki
sumpah kalau boleh dan kalau mahu
ingin sahaja aku mengatakan
"aku rindu kamu"
"aku sayang kamu"
setiap detik apabila kita berbicara tidak kisah melalui ketikan teks mahupun ketika berhubung di telefon
akan tetapi kamu masih belum boleh percaya
aku takut kau bosan mendengar itu
akan tetapi aku tulus
ungkapan "sayang" itu agung
aku tidak mengungkapkan itu sewenangnya
aku tahu kamu juga merasakan itu
hadiahkan itu untuk aku, boleh?
ungkapkan itu buat kita sahaja, boleh ?
sang rerama berkelopak merah jambu
dia wanita kuat
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
Poesíasinopsis? tiada penceritaan yang khusus tentang karya ini. pengakhiran yang indah atau cela? aku juga tidak tahu naskah ini akan berakhir bagaimana, jadi nikmati saja. Menurut dia sudah habis dan tiada lagi segalanya, Tamat.
