𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟐

506 40 2
                                    

SELESAI membeli barang-barang dapur, Hani mencuri sedikit masa untuk pergi membeli belah. Inilah orang kata, sambil menyelam minum air! Kalau tak ada air, kita carilah air sampai dapat. MUAHAHAHA!

Tanpa Hani sedar, jam sudah tepat menunjukkan pukul lapan malam. Allah, hampir saja dia terleka dengan duniawi. Tanpa membuang masa Hani terus kembali ke kereta semula dan bergerak pulang ke rumah. Sedang Hani mengejar masa untuk pulang rumah, keretanya pula buat hal.

Hani merungut kecil. PIntu kereta dibuka dan melihat seluruh bahagian kereta. Tiada pula apa-apa masalah. Nak kata tayar pancit atau tak cukup angin, elok saja kembung macam perut Naqib! Enjin pulak dia sudah pastikan semua dalam keadaan baik tapi mengapa keretanya masih lagi buat perangai? Haih, payah!

Telefon bimbit dikeluarkan dan mencari nama Naqib lalu Hani cuba untuk telefon Naqib. Tapi malangnya Naqib tidak menjawab. Tch!

"Hani, memang tidaklah si Naqib tu nak jawap telefon kau. Dia tu mesej kau pun tak pernah. Ini kau pulak nak call dia? Memang kirim salam awal-awal!" Bebel Hani sendiri.

Selama lima minit Hani berfikir di tepi jalan. Kalau ada orang lalu dekat sini, bolehlah jugak Hani mintak tolong. Masalahnya tak ada orang! Huwaa, rasa nak nangis!

"Tak apalah, Hani. Cuba chat, mana tahu dia tergerak hati nak balas!" ujar Hani buat penyedap hatinya. Hani melakukkan voice note, setelah itu voice note tersebut dihantar. Dengarlah suaraku yang merdu ini Syed Naqib. Janganlah keras sangat hati kau tu macam batu!









'ABANG, saya tersadai dekat tepi jalan ni. Kereta rosak. Boleh tak abang ambik saya? Tak jauh pun dari taman perumahan kita."

Naqib hanya ketawa saja apabila mendengar voice note tersebut. Telefon kembali ditutup dan campak di sampingnya. Fokus kembali tearah pada dokumen yang berada di dalam tablet.

"Kenapa kau abaikan Hani? Hani tengah mintak tolong dengan kau kan? Asal tak pergi tolong?" soal Raqib kesal.

Sebenarnya bukan niatnya mahu curi dengar tapi apabila melihat tingkah laku Naqib yang masih santai membuatkan Raqib kurang senang. Masalah sekarang adalah Hani tu perempuan. Kalau lelaki Raqib pun tak kisah. Tersadai dekat tengah padang pasir pun dia akan hiraukan.

"Buat apa aku nak tolong dia? Dia tu siapa? Bukan mak ayah aku nak dapatkan bantuan dari aku. Halah, kau tak payah nak risau sangatlah, Raqib. Pandailah perempuan tu hidup. Bukan jauh pun nak jalan kaki." balas Naqib santai.

Panas telinga Raqib mendengarnya. Mahu saja dia tetak kepala si Naqib ni. Boleh pulak mamat ni santai sampai macam ni sekali. Apa entah ada dalam kepala otak tu sampaikan tak fikir keselamatan isteri sendiri.

"Tak kisahlah dekat atau jauh. Hani tu isteri kau, Naqib. Berjuta kali aku ingatkan kau, Hani isteri kau! Bukan orang luar atau kawan kau, bangang! Kau kalau nak jadi bodoh, boleh tak jangan nak babitkan orang lain? Hani tu mintak tolong dengan kau bermakna dia memang betul perlukan bantuan kau!"

Naqib urut pelipisnya. Sebaik saja tablet ditutup, Naqib bangun dari tempat duduknya dan berjalan mendekati Raqib. Wajah tegang Raqib dipandang tanpa perasaan.

"Sudahlah tu, Raqib. Sejuta kali kau ingatkan aku pun, aku tak akan pernah anggap Hani tu sebagai isteri aku. Sudahlah. Aku penat ni. Aku nak rehat. Kalau engkau nak pergi tolong dia, kau pergilah. Aku tak akan sesekali pergi walaupun nyawa dia dah hujung tanduk sekalipun."

Bahu milik Raqib dilanggar secara kasar sebelum naik ke biliknya untuk berehat. Raqib mendengus kasar dan terus menyarung helmetnya. Motor CBR250 ditunggang untuk menuju ke destinasi. Raqib tidak lagi hiraukan kelajuan motornya. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang adalah Hani.

'Hani...jangan mati dulu. Engkau masih belum menang lawan bertanding dengan Naqib.'







HANI menggunakan beg tangannya sebagai senjata untuk melindungi dirinya daripada disentuh oleh kumpulan penyangak. Entah macam mana penyangak ni boleh muncul! Tiba-tiba je datang lepastu kata nak pinjam seratus.

Lah, nampak macam muka dia ni macam bank bergerak ke!

"KORANG NAK APA LAGI! KAN AKU DAH KATA, AKU TAK ADA DUIT!"

Lelaki yang berdiri di hadapan Hani meletuskan tawanya besar. Ketakutan dari Hani membuatkan lelaki itu semakin berani untuk mengusik.

"Haih, sayang. Muka cantik macam ni, takkan tak ada seratus? Aku mintak seratus je. Bukan aku mintak dua juta."

"Dua juta ke dua ribu ke dua ratus ke, aku tetap tak ada! Kalau korang nak tahu aku ni lagi miskin dari korang! Jadi tak payah beranganlah nak merompak dengan orang macam aku ni!"

Beg tangan Hani ditarik secara kasar oleh lelaki tersebut.

"Kata miskin tapi kenapa beg tangan kau jenama Gucci? Hei, perempuan. Semiskin aku pun lah, aku boleh detect tau jenama hebat macam ni. Amboii, biasa dia ni menipu kita!"

"Itu memanglah beg tangan jenama Gucci! Tapi itu dari suami aku! Bukan aku yang beli!"

Semua barang-barang berjenama Hani, semuanya dari hantaran Naqib. Katanya dia beli semua tu untuk Hanan. Alih-alih Hani yang dapat. Mahu tak mahu terpaksa Naqib melepaskan beri pada Hani.

"Kalau suami kau mampu beli beg berjenama macam ni, maknanya suami kau kaya! Bila suami kau kaya, bermakna engkau pun kayalah!"

Hani diam buat seketika waktu.

"Tak. Aku tak kaya pun. Segala harta suami aku, aku tak pernah pun sentuh. Aku bukan perempuan macam yang korang nampak dalam dunia novel. Dunia aku terbalik." ujar Hani dengan kecewa.

Lelaki bertiga itu saling berbalas pandangan antara satu sama lain sebelum berdehem.

"Argh, peduli pulak aku! Kau jangan nak buat drama sedih pulak depan aku! Walaupun aku ni penjahat hati aku ni tetap macam hello kitty tau! Jadi jangan kau berani jatuhkan air mata kau depan aku!" Gertak lelaki itu.

Hani muncungkan bibirnya.

"Baiklah, kalau kau tak ada duit nak bagi dekat aku. Kau bayar sajalah guna tubuh kau. Lepas tu aku akan lepaskan kau. Mudahkan?"

"Woi! Mana boleh macam tu! Apa kau fikir aku ni perempuan lima puluh ringgit ke? Tubuh aku hanya untuk suami aku je!"

"Tapi tengok dari segi badan kau ni, macam tak pernah kena sentuh je..."

Sunyi buat seketika waktu. Hani tidak tahu mahu membalas dengan perkataan apa kerana apa yang dikatakan oleh penyangak tu memang benar. Tidak pernah sekalipun Naqib menyentuhnya.

Jijik mungkin.

"Tak apalah, kalau suami kau tak nak sentuh kau, biar aku sajalah yang santap!"

Semakin dekat jurang antara Hani dan lelaki itu. Entah mengapa kaki Hani sekarang terasa lemah. Rasanya bila-bila masa saja dia boleh jatuh di atas jalan.

"Tak payah takut. Aku akan ajar kau. Step by step."

Hani memejamkan kedua belah matanya. Sekarang dia terasa maruah dirinya seperti dipijak saja. Penumbuk digenggam sebelum dilayangkan pada abdomen milik lelaki itu.

"AKU TAK PERLUKAN AJARAN BODOH MACAM TU LAH! DASAR LELAKI MURAH!"

Sementara lelaki pertama jatuh, masih ada lelaki kedua dan ketiga berdiri di depan Hani. Ligat Hani berfikir bagaimana mahu menyerang dalam masa yang sama. Jika tersilap langkah, dia akan disantap menjadi makan malam.

Tidak.

Dia tidak mahu terjadi begitu.

Baru saja Hani mahu melayangkan tendangan, sepantas kilat Hani nampak helmet selamat mendarat pada lelaki yang berdiri di hadapan kananya. Tidak mungkin...adakah itu Naqib? Senyuman lebar terukir pada bibir Hani sebelum menoleh ke belakang.

"Raqib..."

Mati senyuman Hani. Dia sudah berharap penuh agar yang datang menyelamatkannya itu Naqib tapi bukan. Hani meletuskan tawa hambarnya sebelum mendongak melihat ke arah langit yang sudah gelap.

"Naqib memang betul bencikan aku."

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now