TERMENUNG sendiri Hani di taman permainan. Kanak-kanak yang berlari dengan riang membuatkan Hani mengimbau kenangan lama. Bagaimana sewaktu dia masih kecil bersama arwah Hanan. Hanan sajalah yang dia ada waktu itu. Dan Hanan juga yang mengisi segala kekosongan yang ada di dalam hatinya.
"Aku rindu kau Hanan. Aku dah tak ada sesiapa dekat sini. Aku dah tak ada tempat untuk bersandar. Hanan, kenapa kau tak bawak aku sekali? Aku nak ikut langkah kau. Mungkin kalau aku pergi dengan kau, mesti mama tak benci aku macam sekarangkan? Mesti mama pun sedih dengan pemergiaan aku."
"Orang kata kalau tengah sedih elok makan aiskrim."
Teguran Naqib membuatkan bahu Hani terhinjut. Baru saja dia mahu menoleh melekap aiskirm di pipinya. Sejuk!
"Abang? Macam mana abang boleh ada dekat sini?" soal Hani hairan.
"Entah. Waze dalam kereta tu suruh aku datang sini." Jawab Naqib selamba.
Aiskrim yang berada dalam genggamannya Naqib jilat dengan penuh nikmat. Hani yang kebingungan sengaja dia abaikan. Sebenarnya dari awal dia sudah ikut Hani senyap-senyap. Ingatkan mahu tegur gadis itu waktu keluar dari butik tapi apabila lihat langkah Hani yang pergi dengan longlai, Naqib batalkan niatnya.
"Abang datang sini mesti sebab abang risaukan Hani kan? Hani tak ada apalah, abang. Hani okay je! Hani datang sini saja nak hilangkan bosan. Tiba-tiba tercakap benda yang mengarut pulak. Abang lupakan tau! Hani cuma rindu dengan arwah Hanan je."
Naqib hanya diam dan masih tidak hiraukan Hani. Sedikit sebanyak perasaan gusar dalam diri Hani hilang. Nasib baiklah Naqib masih lagi dengan perangai bekunya, tak adalah dia malu sangat!
"Terima kasih abang belikan aiskrim ni untuk Hani. Memang dari tadi tekak Hani ni terasa kering."
"Tekak kering tapi mata yang berair." balas Naqib tanpa memandang Hani.
Terkaku sendiri Hani. Plastik aiskrim dikoyak lalu disua ke dalam mulut. Seperti yang dikatakan oleh Naqib, benar. Matanya berkaca dari tadi. Sengaja dia menahan diri dari menangis. Buat apa dia mahu menangis? Dia kan kuat.
"Mata Hani tadi masuk pasir. Budak-budak lari depan Hani tadi. Itu yang mata Hani berair. Abang ni pun, macamlah tak nampak kita ni dekat mana sekarang." ujar Hani bersama tawa kecilnya bagi menutup rasa kesedihan.
"Nangislah Hani. Aku ada dekat sini. Tak payah lagi nak berlagak kuat depan aku."
"Abang ni mengarut apa? Mana ada Hani berlagak kuat. Hani memang kuatlah! Abang je yang tak tahu. Lain lah abang tu. Baru ambik wuduk sikit, dah menangis macam baby." Sindir Hani dengan tawa.
Mengecil anak mata Naqib pandang Hani. Itu dia menangis sebab sakit macam nak mati! Rasa macam kulit kena siat saja. Tanpa banyak soal, Naqib menarik badan Hani masuk ke dalam pelukkannya. Tergamam seketika Hani. Baru sedikit dia mahu bergerak, Naqib eratkan pelukannya.
"Allah tak pernah larang kita untuk menangis. Jadi menangislah Hani, kalau dengan cara menangis dapat buatkan hati kau kembali tenang. Tangisan dan air mata memang nampak macam tanda kelemahan seseorang tapi yang nyatanya, air mata kita itu hadirkan sebuah kekuatan buat diri kita sendiri."
"Hesy, abang ni! Kan Hani dah kata Hani tak sedih. Hani kuatlah. Apalah sangat kena hina dengan mama. Hani pernah kena hina lebih teruk dari tu tau! So, abang jangan risau. Hani kental! Isteri abang ni mampulah kawal emosi. Hani tak cengeng."
"Siapa kata isteri aku cengeng? Aku tak pernah anggap kau cengeng Hani. Aku suruh kau menangis je, sebab aku nak simpan buat kenangan nanti untuk anak cucu dalam keluarga aku. Buat jadi khazanah."
![](https://img.wattpad.com/cover/382876745-288-k341271.jpg)
YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Romance𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...