NAFAS lega dilepaskan oleh Hani. Akhirnya sampai juga di rumah milik Naqib. Dasar lelaki! Sanggup dia biar Hani naik uber sendiri. Memang lelaki tak ada hati perut. Malang sungguh ada suami macam ni.
Tanpa membuang masa, Hani terus masuk ke dalam rumah agam milik Naqib.
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam."
Mengecil mata Hani apabila melihat seorang gadis yang agak berumur menyambut kehadirannya.
"Ini Puan Hani ke? Isteri Tuan Muda Naqib?"
Dengan segan Hani angguk kepala.
"Puan Hani, saya Jokiah. Saya pembantu rumah untuk puan dengan tuan. Kalau puan ada perlukan apa-apa panggil je saya atau Rokiah."
"Rokiah?"
Jokiah tersenyum sebelum menjerit nama Rokiah dengan kuat seperti memakai speaker dekat anak tekak.
"Rokiah! Puan Muda dah datang ni. Kau tak reti nak turun dah ke!" Laung Jokiah kuat.
Sebaik sahaja mendengar jeritan Jokiah, terus saja Rokiah meluru turun ke ruang tamu dengan keadaan tergesa-gesa.
"Hi, Puan Muda! Saya Rokiah, adik kepada Jokiah." sapa Rokiah dengan ceria.
Sedikit sebanyak senyuman Rokiah berjaya menambat hati Hani. Manis sunguh! Pandai si Naqib ni cari pembantu rumah yang murah dengan senyuman.
"Mana Naqib?"
Rokiah tunjuk ke arah bilik master yang berada di tingkat dua.
"Tadi lepas Tuan Muda pulang, Tuan Muda terus naik ke bilik katanya nak buang air besar. Bilik tuan muda dekat tingkat dua. Puan nanti tinggal naik lif saja kalau malas nak guna tangga. Lepastu nanti puan just tekan butang yang bertulis 'master'." Jelas Rokiah.
Tanpa sedar Hani ketawa. Padan muka! Termakbul juga doanya untuk buat Naqib terciri!
"Terima kasih, Rokiah. Saya naik dulu ya."
"Silakan, puan. Nanti lepas maghrib turun bawah makan tau, puan! Jangan lambat nanti lauk sejuk!" Pesan Jokiah.
Hani angguk. Haih, bagusnya ada pembantu baik macam ni. Mana nak jumpa dalam dunia zaman sekarang ni? Bukan mudah tau! Kalau ada pembantu pun, bukan selalu dapat jumpa yang baik. Sampaikan ada pembantu rumah sanggup mencuri barang majikan untuk lari dengan jantan lain.
Astaga.
Pelik-pelik sungguh.
Ting!
Bunyi lif menandakan Hani sudah tiba di bilik Naqib. Melangkah saja masuk Hani sudah dapat hidu bau haruman vanila.
"Wanginya. Bau macam arwah Hanan."
"Woi, siapa benarkan kau masuk dalam bilik aku ni?" soal Naqib sambil bercekak pinggang di belakang pintu bilik air sambil bertuala yang melilit pinggangnya.
Merah padam wajah Hani apabila melihat Naqib yang hanya bertuala. Nasiblah pakaian nikah masih utuh di badannya.
"Abang ni kenapa bertuala pulak? Mana seluar? Sengaja ke nak suruh mata Hani ni tumbuh ketumbet?"
"Kau fikir aku ni lelaki gatal sangat ke? Sepatutnya aku yang tanya kau. Apa yang kau buat dalam bilik aku? Sejak bila aku bagi keizinan untuk masuk dalam bilik aku?"
Hani mencebir.
"Rokiah dengan Jokiah yang bagitahu aras bilik abang. Sebab itu Hani datang sini."
Bergerak-gerak rahang milik Naqib. Haih, Rokiah dengan Jokiah ni. Memandai saja bagitahu si Hani ni!
Tah shape shape.
"Turun."
"Ha?"
"Aku suruh kau turun. Ini bilik aku. Hanya aku yang boleh jejak dekat sini. Engkau, berambus." Halau Naqib tanpa perasaan.
Jatuh rahang Hani. Lalu gadis itu bercekak pinggang sama seperti Naqib.
"Habis, kalau abang halau Hani. Hani nak duduk bilik mana? Nak tidur mana? Takkan dekat ruang tamu pulak? Hani tahulah ruang tamu rumah abang besar. Tapi takkan nak biarkan perempuan polos plus cantik ni untuk duduk dekat ruang tamu?"
Naqib mengukir senyuman senget. Setapak demi setapak dia mendekat ke arah Hani hingga gadis itu jatuh ke katilnya.
"Ab-Abang nak buat apa ni!"
"Apa? Tak salah agaknya kalau aku nak buat apa-apa dekat kau. Engkau sendiri kata yang engkau tu isteri aku. Jadi..."
Tanpa berfikir panjang Hani terus menendang perut milik Naqib. Naqib yang merasai tendangan Hani terus merengik kesakitan.
"Engkau kenapa!"
"Apa? Ab-abang yang paksa Hani untuk buat macam tu!"
Terus saja Hani bangun dari katil dan berdiri tegak di depan lif kembali. Naqib yang melihat kelakuan Hani terus memandang dengan perasaan sebal.
"Bilik kau ada dekat aras bawah sekali. Itu bilik kau. Jangan kau berani-berani naik aras satu dan aras dua. Kalau kau berani naik, tunggulah nasib kau."
Amaran dari Naqib membuatkan hati Hani bergetar dengan hebat. Terus saja gadis itu laju menekan butang lif untuk turun ke arah bawah sekali.
JOKIAH dan Rokiah tercengang apabila mendengar ayat yang keluar dari bibir Nuara Hani.
"Puan muda, puan biar betul yang tuan suruh puan duduk dekat bilik ni?" soal Rokiah untuk kepastian.
"Ya, dia suruh saya tidur bilik ni. Kenapa dengan bilik ni? Ada apa-apa benda pelik ke?"
Meremang bulu roma milik Hani. Perangai Naqib ni bukan boleh dijangka! Entah-entah ada makhluk halus dalam bilik ni. Itu sebab suram semacam je dari tadi.
"Bukan...bilik ni..."
"Kenapa?"
Jokiah halang Rokiah untuk beritahu perkara sebenar. Terus saja Jokiah memulas tombol pintu bilik. Sebaik saja Jokiah membuka pintu bilik tersebut Hani sudah terbatuk-batuk.
"Bilik stor dia bagi saya!" Berombak dada Hani apabila melihat bilik yang diberi oleh Naqib dipenuhi dengan barang-barang rumah.
"Ya, ini bilik stor puan. Memang barang-barang rumah kami berdua letak dekat sini. Yang mana tak guna pun, kami letak dekat sini." Jelas Jokiah dengan perasaan serba salah.
Hani menarik nafas panjang lalu hembus perlahan-lahan.
"Majikan awak tu otak dah mereng ke sampaikan sanggup buat saya macam ni sekali? Dasar lelaki durjana!" Maki Hani tanpa berlapik.
Panas sungguh hatinya sekarang. Rasa kalau Naqib ada di depannya sekarang memang sudah lama dia lanyak hidup-hidup! Biar jadi lempeng terus.
"Tak pe, puan. Puan duduklah dekat bilik tetamu aras satu. Nanti kami pujuk tuan muda."
"Tak payah, Rokiah. Jantan macam tu kita patut nak pujuk bagai. Memang dia tak akan pernah termakan pujuk rayu orang lain selain arwah Hanan."
Argh, Hanan! Hanan kau tengoklah apa si Naqib tu buat dekat aku sekarang! Habis dia bagi aku bilik buruk ni!
Sejenak Hani diam untuk berfikir. Baru saja dia mahu pasrah. Tiba-tiba muncul satu idea nakal di dalam benak fikiranya.
"Rokiah, Jokiah. Awak berdua boleh tolong saya?"
Serentak mereka berdua angguk kepala.
"Awak berdua tolong angkat barang-barang ni semua letak dalam lif."
"Lepastu?"
"Lepastu tekan button master."

YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Roman d'amour𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...