𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟏

516 40 4
                                    

DENGAN senang hati Puan Hanis berjalan turun dari tangga hanya dengan pakaian ketat dan skirt atas lutut. Bibirnya yang kering sengaja diletakkan lipstick merah pekat hingga orang rabun pun boleh nampak lipstick miliknya. Tidak kurang juga dengan solekan pada wajahnya.

"Hanis, awak nak pergi mana tengah malam macam ni? Dah solat isyak belum?" soal Tuan Raif tegas.

Puan Hanis menghelas nafas. Malas betul lah orang macam ni! Sibuk pulak tanya orang dah solat ke belum. Tch, bajet alim!

"Raif, awak tak payah nak sibuklah pasal solat saya semua. Pandai lah nanti saya ganti. Dan lagi satu, suka hati sayalah nak pergi mana! Yang awak nak sibuk sangat kenapa? Dulu masa awak balik lambat, pernah ke saya bertanya? Takkan. Jadi jangan sibuk dengan hal saya."

"Saya balik lambat sebab saya sibuk cari rezeki bukannya saya pergi cari betina lain! Segala hal solat awak adalah tanggungjawab saya. Dan ke mana awak pergi pun saya berhak untuk saya tahu! Sekarang saya nak awak pergi naik atas tukar segala pakaian awak yang tak senonoh ni. Dah tukar terus solat!" Arah Raif dengan ton suaranya yang tinggi.

Makin lama dia berlembut dengan isterinya Hanis. Makin pandai Hanis pijak kepalanya seolah tiada lagi rasa hormat dalam diri isterintya itu.

"Eh, jantan tua ni. Memang potong mood aku betul lah! Kan aku dah kata aku tak nak! Apa yang tak faham lagi Raif? Jangan rasa diri awak tu berhak seratus peratus terhadap saya! Walaupun awak tu suami saya, awak tak berhak nak atur hidup saya!"

Baru setapak mahu Puan Hanis melangkah pergi, Tuan Raif terus mencempung tubuh isterinya. Puan Hanis tidak berhenti meronta dalam dukungan Tuan Raif.

"Siapa kata saya tak berhak? Selagi awak masih bergelar isteri saya, selagi itulah saya berhak atas awak dan tubuh badan awak Hanis Zulaikha."












"JOKIAH! ROKIAH!"

Kuat Hani laung nama Rokiah dan Jokiah tetapi tidak muncul pun sosok tubuh mereka berdua. Hani sudah mula naik hairan. Selalunya bila dipanggil pasti dua tembam tu muncul. Tapi sekarang, tak muncul langsung. Bayang pun tak nampak masalahnya!

"Sudah tak payah nak cari diaorang lagi. Along bagi diaorang berdua cuti selama tiga bulan." Celah Raqib. Tubuhnya yang tegap dan penuh dengan peluh membuatkan wajah Hani naik merah.

"Mana baju awak Raqib! Yang sibuk tayang aurat awak dekat saya kenapa?" soal Hani dengan perasaan penuh malu.

Raqib menyengetkan kepalanya sedikit sebelum tilik tubuh badannya dari atas hingga bawah. Dia memang sudah biasa telanjang begini selepas work out. Tak naklah bajunya nanti bercampur dengan peluh.

Bushuk!

"Kenapa? Bukannya I tak pakai seluar dengan seluar dalam. I telanjang penuh ke depan you? Takkan? soal Raqib dengan kerutan dahinya.

Hani geleng laju kepala. Apa pasal lah Raqib ni masih tak faham! Inilah lama sangat duduk dekat luar negara. Sampaikan hukum hakam pun sudah lupa. Tahulah badan dia tu penuh dengan ketulan-ketulan roti! Tapi tak payahlah tunjuk dekat sini!

"Pusat awak tu aurat, Raqib! Saya ni bukan ibu awak sampaikan awak boleh telanjang badan macam tu depan saya! Pergilah cari apa-apa untuk tutup awak punya badan tu!"

"Hesy, you ni. Tak payah nak muslimah sangat boleh? I tengok perempuan lain okay je. Diaorang siap tangkap gambar lagi tau! You ni, orang dah bagi free show macam ni pun tak reti nak berterima kasih."

"Itu orang lain, bukan saya! Awak jangan nak samakan saya dengan perempuan lain! Saya ni selagi boleh jaga mata, saya jaga tau mata saya!"

Raqib gulingkan matanya ke atas malas.

"Susahlah ada perempuan muslimah macam you. Mulut je kata tak suka tapi hati tu bukan main lagi bersorak kegembiraan dapat tengok I punya badan!"

Hani mendengus. Tak habis-habis nak perli si Raqib ni! Sudah-sudahlah tu. Orang suruh tutup badan pun susah. Apa kalau tutup badan tu nanti ketampanan hilang ke? Hesy!

"Cepatlah, Raqib. Tutup badan awak tu! Saya tak naklah tengok. Nanti kalau mata saya tumbuh ketumbet macam mana?"

"Tumbuh ketumbet maknanya you tu perempuan gatal lah!"

"Raqib!!!"

"Okay, fine!"

Raqib mengalah. Tuala panjang yang elok tersangkut di batang lehernya Raqib terus bawak menutup seluruh tubuh badannya. Haih, susahlah macam ni. Nak telanjang pun kena ceramah.

"Dah, you boleh bukak mata you tu."

"Betul ni?"

"Tak percaya?"

"Ya. Entah-entah awak tengah tipu saya!"

"Buat apa I nak tipu you? I don't have any reason to lie on you, Hani." Lembut saja pertuturan Raqib hinggakan Hani terbayang bagaimana agaknya sosok Naqib kalau lemah lembut seperti Raqib. Pasti Hani bahagia.

Takut-takut Hani membuka matanya. Dapat dia lihat Raqib sudah tutup tubuhnya dengan kain panjang dan nafas lega dilepaskan.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi. Kalau nampak saya terus cepat-cepat tutup badan, faham?"

"Ya, ustazah. Faham. Berhenti okay ceramah? Penat nak dengar."

Hani mencebik. Baru ceramah sikit dah panggil kita ustazah. Susahlah dapat orang melayu macam ni. Cepat sangat menghukum.

"Hani, kenapa you panggil Rokiah dengan Jokiah tadi?" soal Raqib sambil teguk minuman susu di peti ais.

"Ouh, saya nak ajak diaorang pergi beli barang dapur. Barang dapur saya tengok dah habis. Nanti habis terus kita nak makan apa? Betul tak?"

"Apa susah, makan sajalah dekat luar. Punya banyak restoran dekat luar, nak jugak masak. Buat penat saja."

Inilah budak zaman sekarang. Semua benda nak beli. Tak reti pun nak belanja barang basah dengan kering untuk dapur.

"Awak ni, memang tak salah nak makan dekat luar tapi sekali-sakala kita kenalah masak dekat rumah. Belajar. Tahu tak air tangan kita sendiri lagi sedap dari air tangan orang lain. Dan masakan dekat rumah ni dapat tambahkan lagi kasih sayang!"

"Ouh, jadi tujuan you masak ni semua hanya untuk pikat hati along la?"

Pantas Hani angguk kepala.

"Mestilah! Saya masak ni semua untuk pikat hati Naqib. Dia kan suami saya. Saya kenalah masak untuk dia. Kalau awak nak tahu, walaupun Naqib tu benci dekat saya tapi dia suka sangat makan masakan saya!"

"Ini mesti sebab you ada letak jampi apa-apa dalam makanan dia. Itu sebab dia suka masakan you!"

"Tak baik menunduh. Saya bukan orang macam tu. Saya tak akan gunakan iblis untuk pikat hati suami saya sendiri." Tegas Hani.

Buat apa mahu gunakan khidmat setan bertanduk dua tu? Lebih baik kita berusaha dan terus tawakal pada Allah. Kerana Allah saja yang membolak balikkan hati seseorang manusia.

"Awak nak ikut tak saya beli barang dapur?"

"Tak naklah, malas. Nak rehat, bye."

Hani hela nafas. Cis! Ingatkan nak ikut. Apa punya budak lah begini!

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now