𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟕

535 37 0
                                    

TIDAK berhenti Raqib melahap makanan yang elok terhidang di atas meja. Haih, tak sia-sia dia bangun lambat tadi. Tengok, masih lagi ada makanan! Nampak tak, walaupun bangun lambat rezeki untuk kita tak pernah lari pun. 

"Nasiblah balik rumah bonda harini. Kalau tidak kebulur dekat rumah si Naqib tu." Bebel Raqib sendiri sambil mulutnya tidak berhenti mengunyah. 

Sebenarnya dia sudah tahu tentang kejadiaan yang berlaku pada Hani. Raqib sedikit kecewa kerana terlambat hadir. Dan sekarang dia malu untuk berdepan dengan Hani. 

"Raqib." Jatuh kuih karipap di tangan Raqib apabila mendengar suara seruan ayahandanya. Liur ditelan buat seketika sebelum perlahan-lahan menoleh ke arah belakang. Tuan Qalbi yang lengkap dengan pakaian pejabatnya berjalan duduk di samping Raqib. 

"Ayahanda..." 

"Dah puas jadi penganggur? Bila nak masuk kerja? Ayahanda ni dah tua. Skru dekat lutut ni pun dah longgar. Bila-bila je boleh tercabut. Takkan nak tunggu ayahanda nazak, baru nak masuk kerja?" 

Sudah! Ini sebablah Raqib malas mahu masuk kerja. Bukan apa, tapi dia benar-benar tidak berminat mahu duduk di tempat ayahandanya. Yang penuh dengan kertas kerja, lepastu kena periksa satu-satu. Cukuplah sewaktu dia belajar hadap segala kertas dan buku. Nak muntah pun ada! 

"Ayahanda, bukan Raqib tak nak tolong ayahanda tapi Raqib tak minatlah kerja macam tu. Minat Raqib dekat motor. Vroom! Vroom! Vroom!" 

"Apa Vroom? Ayahanda ni tak pernah pun halang minat anak ayahanda tapi sampai bila nak terus terperuk dalam minat tu semua? Raqib beli motor tu pun guna duit ayahanda. Duit ayahanda ni semua datang dari syarikat. Kalau tak ada siapa sudi ambik alih, nak jatuh miskin ke? Kita makan pagi, kais pagi. Nak macam tu?" 

Laju Raqib geleng kepala. Tidak mahu! Siapa saja mahu hidup susah? Nak bangkit balik jadi kaya tu susah tau! Hush, tidak mahu! 

"Jadi kalau tak nak hidup susah, cepat sikit masuk kerja. Ayahanda hanya tunggu sampai hujung tahun ni saja. Kalau tidak, ayahanda tarik semua aset Raqib yang guna nama dan wang ayahanda." Tegas Tuan Qalbi. 

"Baik, ayahanda." 

Tercebik-cebik bibir Raqib. Dia benar-benar tidak minat itu semua. Yang dia minat hanyalah motor. Kalau boleh bawak motor tu tidur atas katil, agaknya dia sudah buat! 

"Keadaan Hani macam mana?" 

"Baik saja, ayahanda. Cuma itulah Raqib rasa ayahanda kena nasihatlah dekat Naqib tu. Raqib dah tak kenal along Raqib sendiri. Dia berubah sangat, ayahanda! Raqib tahulah dia tengah sedih atas kehilangan Hanan tapi janganlah tempias kemarahan dia pada Hani. Hani tu tak pernah buat salah apa pun. Hani sendiri tak pernah mintak semua ni berlaku." Bebel Raqib. 

Tuan Qalbi masih setia mendengar bebelan anaknya dari awal hingga akhir. Sebenarnya dia sudah dapat tahu keadaan rumah tangga anak lelaki sulungnya itu. Kucar-kacir! Mana tidaknya kahwin tanpa rela. 

"Bukan ayahanda tak nak bantu tapi Raqib kenal sendiri perangai Naqib tu. Keras kepala macam batu! Ayahanda sendiri pun tak adalah perangai macam tu waktu muda. Entah ikut perangai siapalah sampai keras sangat kepala tu." 

"Ikut perangai siapa lagi, kalau bukan perangai bonda." 

Selamba saja Raqib membalas tanpa memandang kiri dan kanan. Tuan Qalbi pula yang naik risau. Mahu si isterinya dengar, habis tunggang langgang rumah ni! 

"Jaga sikit mulut kamu tu, Raqib." 

"Masalahnya betul lah, ayahanda! Ayahanda tahu tak, selama Hani hidup dengan along tu, tak pernah sekali pun Hani bahagia. Malah apa yang lagi teruk, along tu terus seksa Hani! Ayahanda rasa, orang perangai macam along tu layak ke jadi seorang suami buat Hani? Eh, kalau Raqib lah memang makan kaki je mamat macam tu! Tak ada lagi nak setia." 

"Jadi macam mana kalau waktu tu Raqib ada perasaan dengan pasangan Raqib walaupun pasangan Raqib tu layan Raqib macam sampah. Adakah Raqib akan buang dia terus dalam hidup Raqib?" soal Tuan Qalbi kembali. 

Soalan Tuan Qalbi membuatkan Raqib terdiam dan hilang kata. 

"Ayahanda faham situasi Hani sekarang. Dia dah ada rasa sifat sayang pada Naqib. Sebab itu dia sanggup tahan semua penderitaan dan seksaan yang Naqib bagi. Sebab kesakitan yang dia rasa sekarang tak setebal cinta dia pada Naqib." 

"Tapi ayahanda, cinta tu memanglah bagus! Kalau sampai bahayakan diri itu tak ke melampau sangat? Bukan sekali dua tau, selama Raqib duduk dekat sana, macam-macam Raqib nampak usaha along untuk hancurkan Hani."

"Sebab itu orang kata cinta itu boleh buatkan orang jadi buta. Dan disebabkan cinta jugak boleh buatkan orang jadi bodoh. Apa yang Raqib boleh buat sekarang adalah jaga Hani. Hani tu masih menantu dalam keluarga kita. Kalau Naqib buat sesuatu yang boleh bahayakan nyawa Hani, ayahanda sendiri akan turun padang untuk uruskan semua." 

"Sekalipun ayahanda terpaksa bunuh along?" 

"Ya. Ayahanda tak pernah ajar anak-anak ayahanda untuk jadikan kelebihan dalam diri kita tu sebagai senjata untuk sakitkan orang lain."

Terangguk-angguk kepala Raqib seperti burung belatuk. Dia mengerti satu persatu yang dikatakan oleh ayahandanya tu. Dia perlu sentiasa berada dengan Hani. 

"Tapi apa yang buatkan ayahanda lebih takut adalah bila mana Hani dah mula mati rasa dengan Naqib..." 

"Kenapa ayahanda?" 

"Bila mana seseorang dah mati rasa, tak ada lagi peluang kedua untuk dia, Raqib. Itulah yang paling ditakutkan sekarang."

"Macam mana kalau waktu Hani kena benda tu dalam pada masa yang sama, Naqib dah mula jatuh sayang." 

Pecah tawa Tuan Qalbi lalu mengherot senyuman senget. 

"Bumi ni berputar, Raqib. Apa yang pernah kita buat dulu akan berbalik semula pada kita. Sebab itu orang tua pesan, banyakkan buat perkara baik dari perkara jahat. Jadi kalau kes macam ni, ayahanda akan sokong Hani. Biarlah Naqib tu rasa apa yang pernah Hani rasa dulu. Padan muka! Waktu tu, ayahanda nak tengok Naqib jatuh tersungkur untuk cari kemafaan dari Hani." 

Meremang bulu roma Raqib apabila melihat telatah ayahandanya. Haih, seram! Macam manalah bonda boleh tergoda dengan ayahanda yang ganas ni. 

"Ouh, ayahanda. Mana bonda? Dari tadi Raqib tak dengar suara bonda dalam rumah ni. Takkan tidur lagi?" 

"Bukan." Balas Tuan Qalbi bosan.

"Eh, kalau macam tu mana bonda?" 

"Lepas subuh, bonda kamu tu dah keluar." 

"Keluar? Buat apa?" 

"Kutip hutang!" 

Tergeleng-geleng kepala Tuan Qalbi apabila mengingat kembali perangai isterinya Aisyah. Entah macam manalah isterinya tu boleh terfikir nak jadi bank bergerak dalam kawasan taman ni. Haih, perangai sungguh! Nak marah, bini. 

Sabar sajalah. 

Tebalkan muka. 

Heh!

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now