𝐁𝐀𝐁 𝟒

174 24 0
                                    

SELESAI menunaikan solat sunat nikah, Hani dan Naqib keluar dari bilik untuk menghantar tetamu pergi.

"Tak payah nak salam bagai, Hani. Aku tak akan pernah terima salam dari pembunuh macam kau." Hembur Puan Hanis sombong.

Tuan Raif yang berdiri di sebelah isterinya Puan Hanis, hanya diam saja tanpa memandang ke arah anak perempuannya Hani.

Hani melihat orang tuanya lalu senyuman manis terlakar di bibirnya.

"Baiklah, Hani faham. Kalau Puan Hanis dan Tuan Raif tak nak Hani salam, Hani tak akan buat lagi. Tapi kalau boleh, jangan tunjuk sangat benci tu dekat depan orang lain. Bukan ke Tuan Raif dan Puan Hanis mahu teruskan majlis ni sebab nak jaga air muka? Jadi apa pulak kata tetamu kalau nampak kita macam ni. Nanti tak memasal masuk media sosial pula. Dah tercalar nama Tuan Raif dan Puan Hanis. Tak ke itu akan menjejaskan company?"

Merah padan wajah Puan Hanis. Berani sekali Hani melawanya semula dengan cara halus. Dasar pembunuh!

"Licik jugak ya kau ni, pembunuh. Pandai kau gunakan orang lain untuk kami berdua terus akui kau sebagai anak kami lagi."

Hani geleng kepala.

"Puan Hanis nampak macam tu ke? Tapi kalau bagi saya, saya tak ada pulak berniat apa-apa. Niat saya memang baik. Saya memang nak jaga air muka Puan Hanis dan Tuan Raif. Itu saja."

"Kau-"

"Sudah, Hanis. Cukup. Tak payah nak keruhkan lagi keadaan." Halang Tuan Raif tegas. Puan Hanis mendengus dan terus berjalan masuk ke dalam kereta. Makin lama dia berdiri di sana, makin panas hatinya!

"Hani. Lepasni kamu tak payah lagi tunjuk muka dekat depan kami berdua. Saya rasa tak ada alasan untuk kita berdua jumpa lagi. Sekalipun saya mati, awak tak perlu datang. Saya tak perlukan awak lagi dan tugas saya sebagai seorang ayah sudah selesai."

Baba tidak lagi menggunakan panggilan 'baba' malah lebih memilih untuk menggunakan panggilan 'saya'

Perit.

"Mungkin tugas Tuan Raif sudah selesai sebagai seorang ayah tapi tugas Hanis sebagai seorang anak masih lagi belum selesai. Selagi mana nama Tuan Raif masih ada di belakang nama Hani. Bermakna tugas Hani sebagai seorang anak masih belum selesai. Jadi Tuan Raif tak berhak untuk halang."

Renungan tajam diberikan pada Hani tetapi sedikit pun Hani tidak gentar. Dia perlu berani. Berani untuk melawan segalanya.

"Baiklah. Kalau itu yang awak mahukan. Awak buatlah. Saya tak nak ambik tahu. Assalamualaikum."

Pemergiaan Tuan Raif membuatkan Hani sedih. Kalau dulu Tuan Raif lah yang paling rapat dengan diri Hani. Kalau Hani ada masalah pasti Tuan Raif yang tahu dulu sebelum orang lain.

"Baba...Hani rindu."

Dia benar-benar rindu dengan tawa dan senyuman Tuan Raif. Alangkah baiknya jika dia dapat lihat kembali senyuman dan tawa itu semula.

"Hani." Tegur Nenda apabila nampak riak wajah cucunya yang bertukar sedih selepas perginya Puan Hanis dan Tuan Raif.

"Jangan sedih, Hani. Orang perangai macam tu tak layak nak dapat kesedihan kamu. Yang penting sekarang adalah kamu ada tujuan baru yang perlu dilaksanakan."

"Tapi Hani rindu mama dengan baba. Hani rindu dengan momen kami bersama dulu. Mampu ke kami rasa momen tu kembali, Nenda?"

"Percaya dengan kuasa Allah, Hani. DIA yang menggerakkan hati seseorang manusia dan kita hanya merancang."

Merancang sebaik-baik manusia tapi rancangan Tuhan lebih baik buat manusia.

"Terima kasih, Nenda. Terima kasih sebab sentiasa ada untuk Hani."

"Selagi Nenda masih hidup Nenda ada dengan Hani. Sudahlah, jangan nak menangis lagi. Nenda balik dulu. Nak siram pokok dekat rumah tu."

"Nak ikut!"

Nenda mencerlung tajam ke arah Hani.

"Apa pulak nak ikut? Kamu tu dah ada suami. Naik kereta dengan suami kamu. Kereta suami kamu lagi hebat dari kereta Nenda. Kereta Nenda tu kenari je. Nanti kalau Hani naik jadi menari-nari kereta kenari tu."

Pecah tawa Hani. Ada pulak Nenda mahu buat lawak waktu begini, hesy!

"Jaga diri, Hani. Kalau Naqib buli kamu, kamu buli dia balik. Jangan asyik nak kena tindas je. Kita perempuan kena kuat! Faham?"

"Nenda jangan risau. Ini Hani lah!"


────୨ৎ────

SEBAIK saja Nenda sudah berlalu pergi, Hani menunggu suaminya Naqib di tepi kereta milik Naqib.

Cit! Cit!

Terhinjut bahu Hani apabila mendengar bunyi kereta milik Naqib. Hampir luruh jantungnya!

"Apasal kau tak balik lagi?" soal Naqib datar.

"Saya tunggu abang lah."

Naqib diam sejenak sebelum hemburkan tawa.

"Engkau tunggu aku? Eh, tak payahlah nak jadi isteri mithali sangat. Jijik aku dengar!"

"Lah, buat apa nak jijik? Saya ni isteri awak, Naqib. Sejauh mana pun awak pergi saya tetap akan ikut."

Pintu tempat penumpang Hani buka, tidak sempat Hani mahu masuk, Naqib sudah halang dan menutup pintu secara kasar. Tersentak Hani.

"Abang ni dah kenapa? Nasib baik tak terjepit tangan dekat pintu!" Marah Hani.

"Tangan kau putus ke terjepit ke aku tak pernah kisah! Apa yang masalah sekarang, siapa benarkan kau naik kereta aku? Tak reti nak naik Uber ke? Kalau kau tak reti nak order, aku boleh tolong."

Hani angkat kening.

"Kenapa pula Hani nak kena naik uber? Apa guna ada suami kalau tak digunakan?"

"Kau nampak muka aku ni macam abang grab kau ke? Sesuka hati je nak masuk! Tak ada orang yang boleh naik kereta aku selain, bonda, ayahanda dan arwah Hanan."

Hanan.

Lagi dan lagi.

Hani tayang wajah bosan.

"Bila ya Hani boleh dengar dari mulut abang nama Hani? Ini tak, asyik-asyik arwah Hanan. Hani ni bukan apa tapi Hani ni isteri abang. Hani ni tanggungjawab abang. Kalau Hani kena culik waktu naik grab macam mana? Dah satu hal abang nak kena menjawab dekat balai."

Naqib ketawa besar.

"Siapa nak culik perempuan muka buruk macam kau ni, Hani? Boleh tak berhenti berangan? Kalau aku letak kau dekat tepi jalan, belum tentulah ada orang yang sudi nak tolong manusia buruk macam kau ni!"

Bahu milik Hani ditolak berkali-kali hingga gadis itu menjauh dari kereta milik Naqib.

"Dengar sini, Hani. Mulai sekarang taraf kau dengan tukang gaji dekat rumah aku tu tak ada beza langsung! Jadi buat sedar diri tu sikit. Apa kau kata tadi, isteri? Kau tu isteri atas kertas, faham? Isteri yang tak diiktiraf oleh Syed Naqib. Jadi jangan nak berangan, Hani!"

Sepucuk kertas yang sudah bertulis Naqib kelurkan dari poket seluarnya.

"Ini alamat rumah aku. Suruh grab tu hantar kau dekat sana. Kalau sesat, jangan telefon aku. Stupid!"

Sempat Naqib melanggar bahu milik Hani secara kasar. Nasib baik saja Hani tidak jatuh mencium tanah.

"Lelaki dayus, semoga kau sampai rumah nanti tercirit birit sampai tengah malam!"

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now