BUNYI dentuman motor besar milik Raqib mengisi segala ruangan rumah agam Naqib. Naqib masih berdiri sambil bersandar di muka pintu.
Mata dia masih tidak lepas melihat wajah isterinya. Tanpa berkata apa-apa Hani turun dari bangku motor milik Raqib. Lalu langkahnya diatur menuju ke dalam rumah tapi dihalang oleh Naqib.
"Bibir kau kenapa berdarah?" soal Naqib tegas tanpa sedikit pun melepaskan pandangannya dari Hani.
Raqib di belakang Hani sudah tertawa sinis.
"Pandai pulak kau tanya kenapa bibir bini kau berdarah. Bodoh jugak rupanya soalan kau ni, Naqib."
"Hani, jawab soalan aku." Tegas Naqib tanpa menghiraukan sindiran Raqib.
"Bini kau kena tampar dengan penyangak." Jawab Raqib buat Hani.
Tanpa Naqib sedar peganggannya pada pergelanggan tangan Hani makin erat membuatkan Hani berkerut dahi menahan sakit. Sedaya upaya Hani cuba untuk lepaskan tanpa berkata apa-apa pada Naqib tapi tidak berjaya.
"Ikut aku."
"Tak nak." balas Hani berani.
Buat apa dia mahu ikut Naqib? Bukan ke lelaki itu memang tidak risau pun dengan isterinya yang sekarat ni. Agak-agaknya kalau dia mati, Naqib langsung tak ambik kisah! Malah bersorak gembira. Lelaki semua sama. Tak ada beza langsung.
"Aku tak bagi kau pilihan, Hani."
"Kan Hani dah cakap Hani tak nak! Apa yang abang tak faham bahasa ni!" Naik satu noktaf suara Hani untuk melawan Naqib.
"Hani penat. Hani nak rehat. Pasal luka dekat bibir Hani ni abang tak payahlah nak sibuk sangat. Pandailah Hani uruskan sendiri. Lagipun abang memang tak kisah pun pasal hidup Hani. Agaknya kalau Hani mati pun abang tak pernah ambik tahu. Jadi abang teruskan saja dengan perangai abang. Hani dah boleh biasakan diri dengan layanan abang."
Buat apa lagi kita mahu terus berharap pada benda yang memang tidak pasti. Bukan Hani tidak berusaha untuk dapatkan cinta dan perhatian Naqib tapi Naqib sendiri tak pernah berusaha untuk bukakan pintu hatinya untuk Hani.
Tersentak Hani apabila pergelangan tangan Hani ditarik secara kasar oleh Naqib masuk ke dalam ruangan bilik Naqib. Terimbau pula waktu pertama kali dia masuk ke dalam ruangan ini dengan penuh harapan dapat tidur bersama Naqib. Alih-alih kecundang!
Bahu Hani ditolak secara lembut duduk di penjuru katil. Naqib berjalan pergi ke kabinet tandas yang menyimpan segala peralatan mandi dan alat kecemasan. Kotak kecemasan yang memang sudah tersedia ada Naqib ambil untuk merawat Hani.
Naqib melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Hani. Jarak antara mereka yang selama ini jauh kini dekat. Sangat dekat hingga Hani boleh dengar deruan nafas Naqib. Dagu Hani disentuh lembut oleh Naqib. Lalu kapas yang sudah diletakkan cream, perlahan-lahan Naqib sapu.
"Aku tak suka tengok kau terluka, Hani." Ujar Naqib.
Pandangan Hani jatuh pada segenap wajah Naqib. Entah mengapa timbul perasaan curiga dalam diri Hani. Mengapa tiba-tiba Naqib perhatian dengan diri dia?
"Kalau abang tak suka tengok Hani terluka, kenapa abang tak datang waktu Hani mintak pertolongan? Abang tahu tak, hanya abang sorang saja harapan Hani. Hani dekat sini tak ada siapa, abang. Hani tahu abang benci Hani tapi tolonglah, kalau Hani chat abang bermakna Hani memang perlukan bantuan abang. Bukan Hani menggedik." Luah Hani dengan perasaan penuh sebak.
Naqib diam. Dia tidak membalas apa-apa malah dia masih meneruskan merawat luka yang ada pada bibir Hani.
"Kalau Hani terluka lagi, apa yang abang akan buat?"
"Aku akan cari manusia yang buat kau terluka."
"Macam mana abang nak cari?"
Terhenti pergerakkan Naqib. Mata helang milik Naqib jatuh pada wajah Hani.
"Jangan pernah pandang rendah pada aku Hani."
Jari jemari Naqib mula naik menyentuh mata Hani lalu turun ke hidung mancung Hani dan terakhir jatuh pada bibir gadis itu. Setiap sentuhan dari Naqib membuatkan hati Hani menjadi tenang.
"Hani..."
"Ya?"
Naqib mendekatkan wajahnya pada Hani. Dada Hani yang berdegup kencang membuatkan dia menjadi tidak tentu arah. Entah mengapa bila Naqib dekat dengan dirinya pasti Hani menjadi kelam kabut!
Tepat satu jentikan diberikan pada dahi Hani. Tersentak Hani apabila merasa jentikan tersebut.
"Haih, kau ni. Aku baru sentuh sikit dah tergoda. Kau mesti ingat aku dah jatuh sayang dengan kau kan?" soal Naqib bersama tawa sombongnya.
Naqib bangun dari tempat duduknya dan bersandar pada dinding bilik.
"Sekalipun dalam mimpi, kau tak akan pernah dapat cinta aku, Hani." ujar Naqib sebelum berjalan keluar dari ruangan biliknya.
Geli hatinya apabila melihat reaksi sebal Hani. Padan muka! Baru sentuh sikit dah tergoda. Haih, perempuan memang cepat sangat tergoda. Patutlah senang kena game dengan lelaki.
"Naqib." Seru Raqib sebaik saja lif Naqib tiba di aras ruang tamu. Naqib jongket kening.
"Apahal?"
"Engkau kan yang hantar tiga penyangak tu!"
Naqib menyimpulkan senyuman senget sebelum angkat kedua belah bahunya dengan wajah yang polos.
"Kau tak ada bukti Raqib untuk tuduh aku. Kau tahukan dosa fitnah ni lebih besar dari dosa membunuh. Jadi jangan asal usul cakap saja. Bagi bukti dulu baru boleh hentam aku macam-macam."
"Rantai dekat leher diaorang. Itu simbol kau. Simbol yang berkonsepkan bunga mawar. Mawar hitam. Mawar hitam yang bermaksud kematiaan. Itu kau punya simbolik kan, Syed Naqib?" soal Raqib tenang.
Naqib yang masih santai minum air kopi terhenti seketika lalu diletakkan semula gelasnya di atas permukaan meja makan.
"Exactly. You know me as well, Raqib. Salute!"
Merah padam wajah Raqib menahan amarah. Sungguh dia tidak menyangka yang tekaannya benar. Kalau ikutkan hatinya tadi, dia tidak mahu bertanya tetapi apabila melihat wajah tenang Naqib membuatkan semangat Raqib untuk bertanya dan jawapan yang dia dapat adalah kebenaran yang sesungguhnya.
"KENAPA KAU BUAT SEMUA TU, NAQIB! KALAU AKU TAK SELAMATKAN BINI KAU TADI DIA DAH MATI TAHU TAK!"
"Easy, aku nak Hani mati. Mudahkan?"
Raqib raub segenap wajahnya.
"Tapi kenapa? Kenapa kau nak Hani mati!"
"Kematiaan Hani adalah kebahagiaan untuk aku."
"Allahuakhbar."
Mengucap panjang Raqib apabila mendengar jawapan Naqib. Mudah sekali apabila manusia berkata-kata dengan hati yang busuk. Lebih busuk dari bangkai!
"Kau ni kenapa, Naqib! Boleh tak berhenti? Kau sekarang tengah bermain dengan nyawa orang tahu tak! Engkau memang nak meringkup dalam penjara ke?"
"Aku rela meringkup dalam penjara kalau Hani mati."
Terpejam kedua belah mata Raqib. Ya Allah, kenapa sampai macam ni sekali dendam Naqib! Terlalu tebal dendam seorang lelaki yang bernama Syed Naqib hinggakan Raqib sendiri tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
"Mungkin sekarang kau berjaya selamatkan Hani. Tapi tidak dengan hari lain, Raqib. Aku akan pastikan dia akan terus menderita dan terseksa dengan permainan aku. Itu sumpah aku, Syed Raqib."
YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Romansa𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...