𝐁𝐀𝐁 𝟑𝟔

390 33 7
                                    

SEGALA kertas dan fail yang dipinta oleh Naqib, Eiman telah bawa. Kertas dan fail tersebut diletakkan di atas meja kerja milik Naqib.

Ugh, penat usah dikata! Mahu tercabut rasanya tapak kakinya ini berjalan kesana kemari hanya semata-mata untuk mendapatkan bahan yang diperlukan oleh sahabat baiknya. 

"Kenapa pulak kau tiba-tiba nak dokumen pasal kes arwah Hanan?" soal Eiman hairan. Kopi milik Naqib diteguk sehingga habis. Haus banget! Tadi ingatkan nak pergi turun ke dapur buat kopi tapi Naqib tak bagi izin pulak. Katanya takut terserempak dengan Hani, isterinya. Cis! 

"Aku nak siasat semula kes ni. Aku rasa macam ada yang janggal dengan kes langgar ni. Tak mungkin hanya kes langgar biasa." 

Kening Eiman terangkat. Kot bajunya dibuka dan dilempar ke lantai. Lengan baju pula disising hingga paras siku. 

"Kenapa kau pelik pulak? Lagipun pihak polis sendiri dah jelaskan macam mana perkara ni boleh berlaku. Kereta tu dibawak oleh pemandu mabuk dan ngam-ngam kejadian tu berlaku waktu malam. Memang sah-sahlah benda ni sebagai langgar biasa." balas Eiman sambil membelek satu persatu fail yang berisi info kes tersebut. 

"Tak, Eiman. Kau fikir aku ni buat kerja tanpa berfikir panjang ke? Dari awal memang aku dah rasa pelik. Mana video yang aku suruh kau hantar tu? Kau dah hantar ke belum?" 

Eiman angguk. Dari awal lagi dia sudah hantar pada Naqib melalui aplikasi E-mail. Nasiblah dia pandai dalam menggodam kalau tidak memang haramlah Naqib dapat tengok video ni. Video ni memang dijaga ketat oleh pihak berkuasa. 

Naqib membuka aplikasi E-mail miliknya. Tertera username milik Eiman, baru saja Naqib mahu tekan video tersebut Eiman mengahalang pandangan Naqib menggunakan telapak tangannya. 

"Kau yakin ke nak tengok? Aku takut nanti kau terbawak sampai mimpi, Naqib." 

"Kalau aku tak tengok sekarang, sampai bila aku nak kena tunggu? Aku nak cari dalang tu sampai lubang cacing. Aku tak kira, Eiman. Aku akan pastikan dia meringkup dalam penjara." ucap Naqib dengan yakin. Telapak tangan milik Eiman ditolak ke tepi. Eiman hanya pasrah saja sebelum bibirnya dikemam dan menurut serta melihat video berdurasi dua minit itu. 

Dalam video itu menunjukkan Hani yang lengkap dengan pakaian kurung sambil menjijing plastik. Lampu isyarat yang sudah bertukar hijau Hani bersedia untuk melintas. Tetapi apabila dia mahu melintas ada satu kereta BMW berawarna hitam melaju ke arahnya namun tidak sempat Hani mahu menggelak arwah Hanan menolak tubuh Hani ke kiri dan akhirnya...

BAM!

"Hanan..."

Statik anak mata Naqib melihat ke arah kelibat arwah Hanan yang menolak Hani dari dilanggar. Kedua belah matanya dipejam. Ya Allah, mengapa kejam sungguh dunia ini. Mengapa orang yang baik mesti pergi dulu? 

"Cukup, Naqib. Jangan ulang banyak kali. Nanti kau sakit." 

"Aku memang dah sakit dari dulu, Eiman. Patutnya waktu tu...dia jumpa aku. Kami dah janji nak jumpa untuk makan malam. Tapi..." Tidak sanggup Naqib mahu meneruskan ayatnya. Dia benar-benar terluka sangat. 

"Itu namanya ajal. Ajal ditangan Tuhan, Naqib. Kau tak boleh nak persoalkan kenapa dan alasan semua ni jadi. Kau dah janji dengan akukan yang kita nak cari pelaku sebenar. Bukan nak salahkan diri atau salahkan orang lain." 

Dengan perasaan berat, Naqib melihat sekali lagi video tersebut. Bunyi dentuman kuat itu buatkan hati Naqib terasa di cucuk oleh pisau. Mesti sakitkan, Hanan? Maaf sebab tak ada dekat sana. 

"Sekejap, kenapa kereta ni macam familiar sangat ya..." soal Eiman hairan. Kepalanya masih ligat memikir tentang kereta jenama mewah ini. Entah mengapa macam dekat sangat dan selalu dia nampak tapi tak mungkin. 

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now