𝐁𝐀𝐁 𝟏𝟗

568 42 8
                                    

BERKERUT-KERUT dahi Naqib apabila melihat sosok tubuh bondanya sudah berada di ruangan tamu bersama Raqib. Beg bagasi yang besar jugak menarik perhatian Naqib dan Hani.

Mereka berdua baru saja pulang dari hsopital. Alhamdulillah, selama seminggu bermalam terseksa Hani! Mana mahunya, si Naqib ni langsung tak pergi mana-mana dari ruangan wadnya. Semak pun ada. Nak halau tapi suami pulak. 

Hesy!

"Bonda? Bila bonda sampai?" soal Hani sebaik saja menyalam tangan Puan Aisyah. 

Puan Aisyah menarik tangan menantunya itu duduk di sampingnya. Lalu pipi milik Hani diusap lembut. 

"Hani okay? Maaf, bonda tak melawat Hani. Bonda tak tahu pun yang Hani..." 

"Tak apa, bonda. Sikit je ni. Hani dah biasa." balas Hani singkat. 

Perasaan sedih di dada semakin menebal. Alangkah baiknya jika mama melayannya begini sama seperti bonda buat. Pasti Hani terasa dihargai sekarang. Dia benar-benar rindu pada Puan Hanis. Dia mahu rasa pelukan hangat Puan Hanis. Dia mahu rasai semua tu. 

"Kenapa Hani menangis? Bonda ada salah cakap ke?" 

Pantas Hani menyeka air matanya. 

"Eh, taklah bonda tak salah cakap pun. Biasalah mata Hani ni memang cepat sangat kering." 

Naqib masih setia melihat isterinya. Lalu ibu jarinya naik mengusap air mata Hani tanpa berkata apa-apa. Setelah selesai usap Naqib melabuhkan punggungnya di sebelah Raqib yang duduk berdepan dengan Puan Aisyah dan Hani. 

"Ha, bonda. Kenapa bonda tiba-tiba datang sini?" soal Naqib bagi memecahkan kesunyiaan yang ada. 

Berubah reaksi dan ton Puan Aisyah apabila memandang wajah anak sulungnya itu. 

"Bonda akan duduk dekat sini selama sebulan. Tiada sebarang penolakan. Bonda tetap akan duduk dekat sini jugak. Ini denda sebab kamu berdua tak reti nak melawat bonda dekat rumah." 

Naqib urut pelipisnya sebelum memandang ke arah Raqib seperti meminta penjelasan tetapi balasan Raqib hanya angkat bahu saja. 

"Bukan Naqib sengaja tak nak bawak Hani pergi rumah bonda. Tapi Hani dengan Naqib sibuk, bonda. Tak ada masa nak pergi sana-sini. Kalau bonda tak percaya, bonda boleh tanya Hani." 

Terkebil-kebil kedua belah mata Hani sebelum berdehem bagi menghilangkan rasa gugupnya. 

"Betul, bonda. Sebenarnya sekarang Hani tengah sibuk nak usahakan bukak kedai bakery. Itu yang Hani tak sempat nak melawat bonda. Maafkan Hani, bonda." 

"Tak payah nak mintak maaf, Hani. Bonda tak marahkan Hani. Cuma bonda marahkan si Naqib ni. Dia punya alasan memang banyak sangat! Apa fikir bonda ni bodoh sangat ke? Naqib selama ni tak pernah masuk kerjakan? Sebab itu ayahanda selalu balik lewat! Terpaksa bekerja lebih masa untuk siapkan tugas Naqib. Tak guna bonda lahirkan kamu berdua kalau tak reti nak gunakan tenaga bantu ayahanda dekat syarikat." 

Raqib dan Naqib memalingkan wajah ke tempat lain sambil bersiul. Inilah perangai yang Puan Aisyah kurang gemar. Kalau bercakap pasal kerja, laju sangan menggelak! Kalau bab wang ringgit semua laju saja macam The Flash

"Kalau bonda duduk sini, macam mana dengan ayahanda dekat rumah? Siapa yang nak tolong siapkan semua keperluaan ayahanda?" 

"Itu kamu tak payah nak risau, Naqib. Bonda dah pandai uruskan suami dan rumah tangga bonda sendiri. Yang bonda nak kamu risaukan adalah pasal rumah tangga kamu dengan Hani." Tegas Puan Aisyah. 

Naqib tegakkan badannya. 

"Kenapa dengan rumah tangga Naqib dengan Hani? Kami berdua baik je. Tengok, siap Naqib beli rumah besar lagi untuk Hani selesa. So? Apa masalahnya sekarang, bonda? Sampaikan bonda kena duduk dekat sini sebulan. Bukan main!" ujar Naqib dengan nada bergurau. 

Tapi gurauan itu langsung tidak mampat pada Puan Aisyah. 

"Sebelum kamu berdua sampai, bonda dah check semuanya. Dari aras satu sampai aras tiga dan bonda pun dah tanya pada Raqib tentang hubungan kamu berdua. Jangan cuba nak tipu bonda lagi, Naqib." 

"Tipu apa bonda?" 

"Kamu dan Hani tidur bilik asing-asing kan? Kamu tidur di bilik master dan Hani tidur di bilik stor. Mana sifat kemanusiaan kamu ni, Naqib? Bonda pernah besarkan kamu dengan cara macam tu ke? Bonda ajar kamu untuk memuliakan orang yang datang dalam hidup kita. Hormat mereka seperti mana Naqib hormat bonda dan ayahanda. Tapi apa ni, Naqib? Sikit pun kamu tak buat apa yang bonda ajarkan! Kamu ni memang sengaja nak malukan bonda depan Hani ke?" soal Puan Aisyah kecewa. 

Dia benar-benar kecewa dengan perangai Naqib. Tidak pernah langsung dia bayangkan yang Hani bakal hadapi seteruk ini. Ingatkan bila dah satukan mereka berdua, Naqib akan cuba untuk beri ruang pada Hani walaupun sikit. Tapi tidak...sikit pun Naqib tidak beri ruang. 

"Apa salah bonda, Naqib? Cuba bagitahu, bonda! Kalau betul bonda ada salah ajar pada Naqib, tolong...bonda mintak tolong sangat berhenti! Berhenti untuk buat semua tu. Hani ni budak perempuan yang baik. Isteri yang baik buat kamu Naqib. Hani memang tulus sayang kamu. Apa lagi kurang dari Hani ni, Naqib? Kenapa seksa anak orang sampai macam ni sekali?" 

Hani masih setia menunduk. Sedikit pun dia tidak angkat wajahnya. Kerana sekarang dia tengah menahan air mata dari jatuh. Dia tidak kuat untuk dengar semua ni. Lagi-lagi dari Naqib. Cukuplah, dia benar-benar penat. 

"Bonda tak salah tapi Naqib yang salah. Naqib yang mulakan semua ni. Naqib dah berubah, bonda. Naqib bukan Naqib yang bonda kenal dulu. Naqib yang dulu dah lama mati dengan arwah Hanan. Hanya arwah Hanan saja yang layak dapat layanan Naqib dulu. Kalau Hani...maaf. Naqib tak boleh. Naqib rasa hati Naqib ni kena siat-siat, bonda. Sakit sangat! Terlalu sakit, sampaikan Naqib tak sanggup nak hadap lagi. Sumpah, bonda. Naqib sanggup bersumpah yang setiap hari hati Naqib sakit bila lihat wajah Hani." 

"Kenapa Naqib...kenapa jadi macam ni?" 

"Naqib tak tahu. Setiap kali Naqib cuba untuk bukak pintu hati Naqib buat Hani pasti Naqib terbayang wajah Hanan. Naqib rasa seperti Naqib tengah curang dengan arwah Hanan. Kami berdua dah pernah janji, bonda. Kami berdua dah pernah janji tak akan pernah cari orang lain. Tak akan pernah ada cinta lain dalam hidup kami. Sebab itu...Naqib tak mampu untuk buat semua yang bonda harapkan. Hati dan jiwa Naqib hanya untuk arwah Hanan. Ada janji yang perlu Naqib tunaikan." 

"Tapi itu semua dulu, Naqib. Tiada sebaik perancangan dari Allah! Tolonglah Naqib, sedar! Jangan terus terperuk dalam kenangan lama kamu dengan arwah Hanan. HANAN DAH MENINGGAL NAQIB! HANAN DAH MATI!" 

Prang! 

Sepantas kilat hiasan kaca yang berada di atas meja Naqib tolak hingga serpihan itu terkena di kakinya. Darah yang mengalir langsung tidak Naqib hiraukan. Hani sudah cemas apabila melihat keadaan semakin tegang. 

"Cukup, bonda! Cukup! Naqib tahu yang Hanan dah lama tinggalkan Naqib! Tapi cinta Hanan buat Naqib tak pernah mati, bodan. Ingat tu!" 

Terus saja Naqib angkat punggangnya dan berjalan ke lif. Hani juga turut ikut langkah Naqib. Renungan tajam dari Naqib, Hani hanya hiraukan saja. Manakala Puan Aisyah dan Raqib masih setia di ruang tamu.

"Bonda, kita rehat dulu ya. Tak payah terburu-buru sangat. Kita masih ada masa untuk sedarkan Naqib. Bonda rehat, okay?" pujuk Raqib sambil memeluk tubuh bondannya. 

"Apa salah bonda, Raqib..."

"Bonda tak salah tapi ini semua sudah tertulis dalam takdir. Tak apa, bonda. Kita hadap ni semua bersama. Jangan risau bonda, setelah badai berlaku pasti ada kemanisan buat kita." 

BAHAGIA SYED NAQIB | OGWhere stories live. Discover now