PUCAT lesu wajah Naqib. Sudah seminggu sejak kejadiaan Malik menegur makhluk yang duduk di bahunya. Ya Allah, bagaimana dia mahu buang makhluk yang ada di bahunya ini!
"Abang ada berdendam dengan sesiapa ke?" soal Hani sambil lap wajah Naqib yang pucat itu.
"Aku mana ada musuh Hani. Aku ni nak bergaul pun susah. Impossible aku ada musuh tahu tak? Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya bonda. Bonda sendiri kenal perangai aku macam mana. Walaupun kau nampak aku sekarang ni macam orang baran tapi sebenarnya, aku tak macam tu. Aku ni pendiam."
Membulat anak mata Hani. Tak percaya sungguh dia yang Naqib ni pendiam. Pendiam celah mana entah! Lebih kepada pemarah adalah! Asyik nak marah saja. Benda remeh temeh pun boleh jadi isu besar.
"Kalau kau tak percaya, sudahlah! Biar aku sendiri selesaikan benda yang ada dekat bahu aku ni."
"Lah, merajuk? Hani bukan tak nak percaya tapi susah nak percaya tahu tak? Kalau betul abang ni pendiam, macam mana abang boleh bercinta dengan akak Hanan? Akak Hanan tu sudahlah agresif! Perangai tak macam perempuan langsung, tomboy!"
Automatik melebar senyuman Naqib apabila Hani bercerita soal Hanan.
"Sebab itulah aku jatuh sayang dengan dia. Cara dia dengan perempuan lain, sangat lain! Kadang-kadang aku tak percaya yang dia tu memang pernah wujud dalam dunia ni."
"Apa yang akak Hanan dah buat dekat abang?"
"Hanan, dia banyak bantu aku keluar dari kepompong aku sendiri. Aku ni selalu tak percaya diri sampailah satu masa, dia sendiri yang datang tegur aku dan bantu aku. Dari situlah kami mula kenal dan tumbuh perasaan cinta."
Tawar senyuman Hani. Dia bukan tidak suka bila Naqib bercerita soal arwah Hanan tapi dia kurang selesa. Tak pernah dia nampak Naqib senyum macam tu bila Hani bercerita soal benda lain. Yang asyik reaksi Hani dapat adalah muram. Kosong. Kadang-kadang rasa macam tengah bercakap dengan patung.
"Walaupun Hanan dah pergi tinggalkan aku, memori kami bersama tak pernah langsung pudar dalam ingatan aku. Aku betul-betul sayangkan dia sangat-sangat. Kalau Allah tu beri aku kesempatan kedua untuk bersama dengan Hanan, mesti hidup kami bahagia! Lepastu Hanan lahirkan anak-anak yang comel untuk aku." Luah Naqib gembira. Hilang terus rasa sakitnya.
Hani bangun dari katil. Kain yang tadi sudah dia siap perah, diletak pada dahi milik Naqib.
"Abang rehatlah dulu. Hani nak turun bawah sekejap."
Hening. Tiada sebarang jawapan yang keluar dari bibir Naqib. Lelaki itu masih sibuk dengan mimpinya bersama arwah Hanan. Tanpa menunggu, Hani terus jalan keluar dengan perasaan kecewa. Pintu rumah dibuka, tujuannya sekarang adalah untuk menuju ke kebunnya. Di kebun saja tempat untuk dia lepaskan semua perasaan.
"Mawar...cantiknya kau." Puji Hani sambil menyentuh setiap kelopak bunga mawar.
"Mawar, kenapa hidup aku tak bahagia macam orang lain? Kenapa hidup aku mesti sedih je? Aku ni memang tak layak ke nak rasa bahagia? Aku nak bahagia dengan orang yang aku sayang tapi kenapa orang yang aku sayang, semua berpaling dari aku? Aku ni memang tak patut muncul dalam dunia ni ke? Aku penat, mawar. Penat sangat!"
Jatuh bahu Hani. Sungguh dia terasa penat sangat sekarang. Adakah dia benar-benar perlu berhenti sekarang? Berhenti dari terus mencintai Naqib? Tapi, dia sudah sejauh ini.
"Puan Hani."
"ARGH!"
Terkejut Hani apabila disergah sedemikan rupa. Cerlungan tajam diberi pada lelaki yang berpakaian hitam. Hanya matanya saja yang Hani nampak. Yang lain semua elok tertutup seperti perempuan pulak!
"Siapa awak ni? Macam mana awak boleh masuk dalam rumah ni? One more thing, macam mana awak tahu nama saya? Awak jangan macam-macam dengan saya! Saya ketuk awak guna batu bata ni baru tahu, nak?" Gertak Hani.
Daffa angkat kedua belah tangannya lurus ke atas.
"Maaf, Puan Hani. Saya adalah orang kanan Tuan Muda. Nama saya Daffa."
Kecil mata Hani.
"Boleh percaya ke ni? Awak jangan nak tipu tau! Puasa dah nak dekat ni. Elok syaitan yang kena ikat, saya yang ikat awak sekali dekat batang pokok, nak!"
"Tak nak, puan Hani."
Hani mendengus. Tangan dilipat ke dada.
"Kenapa awak tiba-tiba tegur saya ni? Tuan Muda awak yang suruh tegur ke? Atau awak ni diarahkan untuk awasi saya 24 jam?"
"Ya, tugas saya adalah awasi puan Hani tapi bukan 24 jam. Hanya bila puan Hani berada di luar kawasan rumah saja saya akan ikut puan Hani dalam diam. For the first, puan jangan marah tuan muda. And jangan bagitahu tuan muda yang saya jumpa puan sekarang."
"Kenapa saya tak boleh bagitahu pulak?"
Daffa telan liurnya. Anak matanya dilarikan melihat ke arah langit yang sudah gelap.
"Tugas saya adalah patuh pada arahan tuan muda. Dan sekarang saya dah langgar arahan tuan muda. Saya tak dibenarkan tunjuk diri saya pada puan."
"Aik, macam tu pulak? Kenapa tak boleh?"
"Atas keselamatan puan sendiri."
Terdiam Hani. Pertama dia tak tahu pulak yang Naqib ada upah orang yang paling dia percaya untuk awasi dia. Kedua, Naqib ni dalam diam caring jugak orangnya! Aduh, janganlah bagi mix feelings! Bahaya buat orang disini.
"Saya ni kan bukan nak kata apa. Tapi tuan muda awak tu asyik kata yang dia benci saya. Dia nak bunuh saya tapi kenapa dia suruh awak jaga saya? Mengapa dan kenapa?"
"Sebab tuan muda tak nak rasa kehilangan buat kali kedua."
"Maksud awak?"
"Tuan muda dah pernah kehilangan Cik Hanan dan sekarang puan Hani muncul pulak dalam hidup tuan muda dan jadi seorang isteri. Kalau puan Hani sendiri ada dekat tempat tuan muda, pasti puan Hani buat perkara yang sama kan?"
Tiada sebarang jawapan yang keluar dari bibir Hani. Daffa mengeluh.
"Saya bukan nak kata apa tapi rasa kehilangan tu berat, puan. Hilang orang yang kita sayang tak sama macam kita hilang barang. Kalau hilang barang kita boleh gantikan dengan barang yang baru tapi kalau hilang orang yang kita sayang nak gantikan dengan apa?"
Hani menyimpulkan satu senyuman sinis. Wajahnya diangkat melihat ke arah Daffa.
"Jadi sekarang awak nak suruh saya fikir pasal perasaan tuan muda awak saja? Habis perasaan saya siapa yang nak jaga? Hati saya ni, banyak kali tuan muda awak lukakan. Tapi saya sentiasa berfikiran positif. Saya sentiasa kata dengan diri saya untuk beri dia peluang sekali lagi walaupun peluang untuk tuan muda awak tu sebenarnya tak ada! Listen, saya ni pun manusia. Saya pun ada hati dengan perasaan tapi seiring dengan waktu, saya pun boleh makan dalam. Setiap perbuatan yang tuan muda awak buat boleh datang impak pada diri saya sendiri. Ya, memang saya mengaku yang saya sayangkan tuan muda awak tapi awak kena ingat satu benda ni..."
Setapak demi setapak Hani mendekat ke arah Daffa. Daffa masih diam dan tidak memberi sebarang reaksi. Tidak sedikit pun dia berundur. Keberanian Daffa itu membuatkan Hani menyimpul satu senyuman sinis.
"Jangan disebabkan perangai tuan muda awak tu yang tak boleh nak lupakan arwah Hanan, hati saya yang penuh dengan rasa cinta berubah jadi tawar hati. Everyone has their own limits, sayang macam mana pun, people will get tired of bullshits attiude."
Tawar hati is real, guys.
Hani tak boleh terus menerus faham keadaan Naqib seorang. Sebab Hani pun manusia, yang memerlukan perhatian dari Naqib. Kalau bukan as husband, as friend pun tak apa. Hani sanggup. Tapi, Naqib sudi ke jadi kawan Hani tanpa libatkan arwah Hanan lagi? Atau Hani perlu cari lelaki lain untuk dapatkan perhatian?

YOU ARE READING
BAHAGIA SYED NAQIB | OG
Lãng mạn𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐍𝐀𝐐𝐈𝐁 | 𝐍𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐀𝐍𝐈 Perkahwinan yang sepatuynya menjadi perkahwinan yang bahagia buat kedua belah pihak. Tetapi disebabkan kematian Nuara Hanan, semuanya menjadi gelap sekelip mata. Kebahagiaan itu bertukar menjadi kesedihan. ...