Final 2

5.4K 318 27
                                    

MAWAR melopong besar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAWAR melopong besar. Adakah benar apa yang dia telah lihat sekarang ini? Dia pegun dan suaranya juga seakan-akan tersekat di kerongkong saja. Graviti bumi terasa berhenti seketika. Sudah lama... sudah lama dia tidak melihat wajah itu. Wajah yang sentiasa dibunga dingin, tetapi menggalaukan hati dan jiwa wanitanya setiap masa. Kenapa? Apa dia buat disini? Bukankah dia masih terlantar koma tidak berdaya di Salmonacreeks semenjak tiga tahun yang lalu?

"Tu as de la chance parce que je ne t'ai pas tue!" (Kau bernasib baik sebab aku tak bunuh kau saja dekat sini!)
Serentak dengan kerasnya suara lelaki itu, dunia Mawar terus kembali ke dunia nyata semula. Retina matanya menangkap figura lelaki tersebut sedang mencekak leher si peragut tadi sebelum dilepaskannya dengan sangat kasar mengeluarkan batuk keras si peragut itu.

"Va te faire voutre!" (Fuck you!)
Cemuhnya pendek tapi sangat padat serta cukup menggambarkan betapa marahnya dia sekarang ini. Beg tangan empunya mawar yang masih kemas dalam pelukan si peragut direntap tanpa ampun. Selepas itu, dilihat dua orang pengawal keselamatan berlari laju ke arah mereka untuk menangkap si peragut tadi.

"Damn you, asshole!" Rengus si peragut pada muka lelaki tersebut. Berlagak macam hero hindustan! Puih! Bertambah mendidih pula hatinya melihat si hero hindustan cuma hanya membalas dengan senyuman sinis dan jungkitan kening. Penumbuk ingin diangkat pada muka si hero hidustan tapi tersekat lepas menyedari kedua belah tangannya sudah berjaya digari ke belakang.

"Excellent travail monsieurs!"
(Hebatnya encik!)Pujian dan tepukan orang awam disitu menyentakkan lamunan panjang Mawar. Lagi terkejut dia apabila lelaki itu tadi tiba-tiba sudah tegak di depannya.

"La prochaine fois, tu deavrais faire attention. La france a tallement de voleurs." (Lain kali kau perlu berhati-hati. Perancis ini banyak penyangak)

Mawar sekadar cuma terpacak diam tanpa suara menerima segumpalan kata nasihat daripada lelaki itu. Beg tangan bertukar tangan.

"Merci." (Terima kasih) Ungkap Mawar perlahan.

Cuma anggukan saja dberikan pada Mawar sebelum ia hilang di dalam lautan manusia tanpa sempat Mawar berkata untuk kali kedua.

***

"HELLO boleh saya bercakap sebentar dengan Doktor Jonas?" Saat ini hati Mawar masih tidak tenteram atas apa yang berlaku petang tadi. Sebaiknya bukan itu yang dia harapkan. Dua tahun yang lalu dia kalah dalam hak penjagaan Hakan di mahkamah kerana ada beberapa sebab yang tidak dapat dia terus kukuh mempertahankan Hakan. Selepas Gambino berjaya mendapatkan hak penjagaan Hakan sepenuhnya, Hakan dibawa ke Perancis dan dijaga setiap privasinya. Atas dasar kasihan Ratu Kalsom, dia cuma diberi hak menjenguk Hakan dengan syarat sembunyi-sembunyi saja.

"Doktor Jonas's speaking." Suara ringkas berdendang dalam corong talian.

"Saya Mawar."

"Mr Hayden's ex wife?" Teka doktor tua tersebut.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now