DATUK RAJA HAIDAR kehilangan kata-kata. Kelu lidah ingin membuka sebarang bicara. Sekadar menggeleng, mendesah keluhan bercelaruan. Sungguh tak sangka kalau kenyataan yang terpacul dari mulut Hayden benar.
"Pembawa bot tu nampak tak dia bawa kereta pergi mana?"
"Awang tak tau. Kami dah tanya. Hayden tak nak report polis. Biar Hayden yang cari dia sampai dapat."
"You're stupid, Hayden!"Marah Datuk Raja Haidar.
"Mungkin ini salah hukuman yang Tuhan bagi dekat Hayden atas kesalahan aku selama ni. Hayden bukan lelaki dan ayah yang baik."Oksigen ditelan perlahan-lahan. Sambil itu, pandangan dituju ke luar Villa Salmonacreeks yang lengang.
"Papa kesal atas apa yang berlaku dekat kau. Kau rumitkan keadaan lagi dengan menyeksa Mawar? Sekarang, dia dah tinggalkan kau."
"Aku tak ada pilihan—"
"Kenapa? Kenapa tak ada pilihan lain?"Datuk Raja Haidar bingkaskan punggung dari kerusi. Mendekati anak lelakinya itu.
"Aku perlu selamatkan Gambino. Aku dah gagal dengan arwah Rossa. Satu-satunya, harapan yang aku hanya Mawar. Tapi, Mawar juga seperti nak jejak ikut arwah Rossa."
"This is not the ways. Kau keturunan yang Gambino yang sah! Darah nenek moyang kita mengalir dalam darah kau! Jadi, kenapa perlu nak jadi lelaki bodoh memijak maruah perempuan semata-mata nak selamatkan Gambino!"Gertak Datuk Raja Haidar. Meradang benar sambil memaut erat kot hitam Hayden.
"Because I love her!"Balas Hayden dalam. Anak mata ditujah ke dalam dasar retina Datuk Raja Haidar.
"I do love her!"Lirih, Hayden menukas apa yang sedang terbuku di hatinya sekarang. Sakit, tidak mampu terluah kata-kata. Jiwa lelakinya meronta. Penuh dengan kekeliruan dan ketakutan. Berharap Datuk Raja Haidar faham isi hatinya.
"I love her more than I love myself."
"Dan, aku lebih sayangkan Gambino dari dia! Aku tak nak Gambino tercemar disebabkan anasir luar yang cuba jatuhkan kita."
Datuk Raja Haidar pecal kening. Mula mundar-mandir di tepi Hayden. Nampaknya, Hayden masih belum faham! Hayden belum masih naif dalam mengemudi organisasi mereka.
"Mulai dari sekarang, papa yang akan uruskan Salmonacreeks. Papa yang akan uruskan Nathan. Papa akan cari Mawar. Aku nak kau pergi ke Perancis sekali lagi!"
"You—"
"You raped a woman! You're Female abuser! Aku tak pernah ajar kau macam tu. Gambino tak pernah didik kau jadi macam anak haram!"Dada Hayden ditunjal beberapa kali.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...