⚠️ W A R N I N G ⚠️
ADULT SCENES 18+SEBUAH MPV Alphard berwarna hitam berarak perlahan masuk ke dalam tempat parkir yang telah dikhaskan untuk penghuni VIP Bayu Luxury Apartment.
Deria mata Mawar terganggu ekoran kereta tersebut mulai bergerak ke dalam kawasan agak gelap, cuma diterangi dengan lampu solar bawah tanah.
Lantaran, jeritan bunyi telefon James berbunyi di dalam dashboard menandakan kumpulan lain sedang ingin menyampaikan satu berita kepada mereka.
"What's wrong?" Tanya Hayden di belakang.
"Bos, Awang nak berjumpa secara peribadi."Ungkap James setelah talian telefon dari Darvon diputuskan.
"Suruh dia jumpa dengan aku dekat tempat biasa,"Arah Hayden serius. Perhitungan tetap perhitungan. Awang layak diberi penumbuk sekepal dua.
Mawar kerdipkan kelopak mata beberapa kali. Terngangu lenanya selepas suara Hayden berirama betul-betul dekat di tepi telinga. Bau wangian yang biasa dipakai oleh lelaki itu juga kian mencucuk rongga hidung. Dan, kepala terasa menyandar rehat pada dada seseorang.
"Hayden—"Mawar berdiskusi serak. Kepala cuba dilarikan dari dada bidang jejaka itu tapi, Hayden lebih cepat menarik semula kepalanya ke dada semula.
"Shhh... Aku tahu kau penat. Kau perlukan rehat. Just close your eyes, Okey?"Bisik dalam suara cukup rendah dan beralun lembut. Rambut Mawar dirama-ramas perlahan.
"Apa dah berlaku?" Mawar melingas dalam dakapan Hayden. Tubuh dilari sedikit dari badan Hayden. Picu pintu kereta terus ditarik tapi gagal ekoran sengaja dikunci dari dalam.
"Kita dah sampai Apartment kita."
"Saya dah cakap yang saya tak akan balik Apartment-Apartment awak. Mana Yasmin? Awang? Mana mereka?!"Pekik Mawar kuat. Wajah Hayden ditatap penuh keberanian.
"Mereka selamat." Tukas Hayden.
"Saya tak tanya mereka selamat ke tak, saya tanya mana sorokkan Yasmin? Saya tahu Yasmin ada dengan awak. Yasmin—" Mawar bungkam setelah terdengar jeritan seorang gadis keluar dari sebuah perut kereta mewah di belakang Alphard mereka.
Dipaksa keluar dari kereta tersebut serta berkeadaan dalam tangan diikat ke belakang, gadis remaja itu kelihatan sedang meronta-ronta di dalam cengkaman salah seorang pengawal peribadi Hayden.
"Yasmin!"Mawar bertindak memukul-mukul cermin kereta dan menarik-narik picu pintu kereta. Tak guna!
"I have to do this, Mawar." Hayden membentengi diri sendiri. Keras dan bercalit tekanan.
"Kenapa? Kenapa awak perlu buat semua ni? Yasmin dan Awang tak ada terlibat dalam masalah kita. Awak tak perlu libatkan mereka!"Pekik Mawar apabila jeritan meminta tolong dan ketakutan si Yasmin di luar sana menyiat gegendang telinga.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...