"HOI!" Tengkingan besar seseorang menyebabkan lima orang pemabuk tadi tergamam. Tidak sempat lagi berbuat apa-apa, sepakan sulung dihentam pada pintu kereta yang masih terbuka luas. Bakkk! Menerjah batang hidung salah seorang daripada pemabuk tersebut.
Mawar pincingkan bebola mata pada bayang-bayang kabur seseorang yang sedang tangkas mengerjakan empat orang lelaki itu. Siapakah malaikat yang datang menghantar pertolongan kepadanya pada saat-saat getir begini? Atau 'dia' hanyalah bayangan malaikat maut?
"Lepaskan perempuan tu!"
Suara itu.. Hansen?
Tapi, sedikit lain dari suara Hansen. Atau Hayden?
Tidak.
Mustahil Hayden menghantar bantuan selepas tega mengusirnya dari kereta tadi. Tidak mungkin manusia seperti Hayden berpatah balik untuk melindunginya. Mawar berhalusinasi.
"Mawar, ikut aku. Jangan takut.... "Kelihatan Hansen tersenyum seraya tangan kasarnya disuakan kepada Mawar.
Teriakan dan dengusan berselang-seli dengan bunyi sepakan serta tumbukan. Suasana kacau-bilau apabila ledakan peluru memetir di dalam tegangnya keadaan mereka. Mawar tidak mampu menepis rasa pening kepalanya sehingga segalanya gelap dalam sekelip mata.
MATAHARI terpacak atas kepala membawa kelopak mata Mawar terbuka perlahan-lahan. Mokus dalam tekak terasa membengkak saat air liur diteguk. Perih dan perit.
Mawar leka menelaah siling putih di depan mata. Kosong. Tiada apa yang menarik. Hening. Kemudian, tangannya dibawa kepada kain basah yang masih menutup keningnya.
Aku demam ke? Siapa yang bawa aku kesini semula? Akal Mawar berdiskusi sesama sendiri. Hansen?
Terkuaknya pintu utama kamar mengalihkan tumpuan Mawar. Wajah segak dan tenang milik Hansen terjengul sedikit. Lantaran senyuman terhias pada bibir lelaki tersebut.
"Hei—" Suara garau Hansen memecahkan kesunyian. Tangkas lelaki itu menegah Mawar bangun dari pembaringan.
"Tak payah bangun. Tak apa. Aku dah suruh Mak Nab sediakan breakfast untuk kau. Kau rehat jer dulu."
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...