55 | DIGGING THE THRUTH

29.5K 1.5K 281
                                    

“SAYA dah tanya Tuan Hayden fasal benda ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

“SAYA dah tanya Tuan Hayden fasal benda ni. Tuan Hayden tak benarkan saya berhenti kerja sebab dia yang keluarkan gaji bukan awak, Puan."Sahut Zarra. Semalam dia menyatakan ingin berhenti tapi majikannya itu mati-matian menegah sepertinya Raja Hayden sedang meneliti sesuatu. Sesuatu yang dia tengah rahsiakan.

"Hayden tak benarkan awak berhenti? Fuck up, maid. You tak ingat ke I orang pertama yang you hadap mula-mula you kerja dekat sini?"Sial orang gaji ini. Ini pertama kali orang gaji tidak sedar diri cuba menggugat kesabarannya. Noora benar tercabar tak terkata lagi-lagi Zarra membabitkan nama Hayden dalam perihal mereka.

"Atau puan sedang menyorokkan sesuatu dari keluarga ni? Puan tak pernah dihimpit rasa bersalah ke pernah sabotaj budak sekecil itu?"Zarra kecilkan mata ke arah Noora yang sedang melayan rasa panas. Hari ini Puan Noora Belinda yang bongkak lagi sombong ini kena tahu siapa dia. Noora tak berhak memijak maruah orang miskin seperti dia begini tanpa tahu akibatnya akan datang kelak.

"Apa maksud you?"

Terlantun ayat gabra dan Noora kian bertukar wajah jadi pucat, Zarra menyingsing senyuman paling sinis.

"Kejadian tu dah jadi mimpi ngeri saya, puan. Saya tak pernah lupa satupun babak puan dan Tuan Muda Nathan malam tu. Sampailah tubuh kecil tak bersalah tu tak bernyawa lagi."Jelas Zarra.

"I tak ada kena mengena dengan kematian Nathan. I tak ada sabotaj Nathan you faham tak? I—"Noora tersangkut ayat bila Zarra berani mencelah. Agak mustahil Zarra tahu. Tiada seorang pun orang gaji keluar malam itu kerana bila syif tamat, baru-baru ini telah ditetapkan orang gaji tidak dibenarkan berlegar dalam kawasan villa selepas pukul 11 malam.

"Saya nampak. Saya nampak dengan mata saya sendiri yang puan pukul dia, tampar dia, ugut dia dan sampai satu tahap tu puan tergamak menolak tubuh Tuan Muda Nathan dari tangga Salmonacreeks."Sekali dengan wajah kosong, Zarra menjelaskan betapa busuknya kenyatan itu pada wajah Noora.

"Bukti ada dekat saya. Saya dah curi cip video cctv dalam bilik cctv sebelum Tuan Hayden cari bukti pagi tu."Zarra bertambah lantang mengenakan Noora. Bukti saksi itu sangat mahal. Jika Noora ingin dia tutup mulut, Noora mesti ada sesuatu untuk menyogok mulutnya dari berbicara tentang kebenaran di mahkamah.

Lantang tawa Noora pecah. Sinis. Berani Zarra mengugutnya sekali dengan memijak kehormatannya sebagai majikan atau ratu dalam Villa  Salmonacreeks.

"You ugut I? You dah lupa ke dengan siapa you bercakap sekarang ni, hmm?"Noora geram lalu lekas mendekati Zarra. Apa lagi, tudung Zarra menjadi sasaran utamanya. Dicengkam erat sepenuh hati.

"Saya akan buat pendakwaan bahawa puan juga menggugut dan mendera saya."Getus Zarra tanpa melawan sedikitpun perbuatan Noora terhadapnya. Tak perlu dia melawan. Tak lama lagi Noora juga akan meringkuk dalam penjara. 

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now