28 | DNA STATEMENT

36.8K 1.8K 134
                                    

PINTU kereta Hummer H-3 ditekup perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU kereta Hummer H-3 ditekup perlahan. Tiba di Villa Salmonacreeks senja sudahpun menyelinap seluruh langit tanah air. Lampu luar Villa Salmonacreeks kelihatan terbuka terang dan suara agak riuh-rendah keluar dari kediaman mewah tersebut.

Mawar pandang Hayden yang tidak berkelip memandang Villa Salmonacreeks. Dari pancaran mata lelaki itu, timbul aura kemarahan dan dendam lama yang tidak pernah padam.

"Hayden?"Tegur Mawar.

Mawar tersentap sejurus tangan ditarik tanpa pamit oleh lelaki itu. Diheret selamba masuk ke dalam rumah agam keluarga Gambino. Sambil terkebil dan tidak faham dengan tindak-tanduk drastik suaminya, Mawar ikut saja rentak Hayden.

Anak tangga di bahagian gazebo yang membawa mereka terus ke ruang tamu dituruni perlahan. Semakin mereka melangkah, semakin bingit bunyi gelak ketawa penghuni Villa Salmonacreeks.

Mawar berhenti bila Hayden tiba-tiba menyudahkan langkah. Genggaman pemuda itu juga automatik ketat dan sangat menyakitkan. Manakala, mata Hayden tidak lari dari melihat Hades yang sedang mendukung Nathan dan bersama-sama meniup lilin sempena hari jadi Hades yang ke-32 tahun.

"Hayden?"Menyedari akan kehadiran sosok Hayden dan Mawar yang tidak dijangka muncul di depan mereka, Noora segera bangun dari tempat duduk.

Lebih mengejutkan ,Hayden dan Mawar seperti sedang menjalin sebuah ikatan yang sangat baik dengan berpegangan tangan masuk ke dalam Villa Salmonacreeks.

Diam. Semua orang tercengang. Malah, nyanyian dan sorakan tadi hilang entah ke mana saat mereka menyaksikan sosok tubuh itu semakin mendekati Hades.

Hayden seperti hendak mengaum di depan Hades. Kek harijadi milik Hades ditelungkup di atas meja. Terkesima penghuni Villa Salmonacreeks dibuatnya.

"Hayden, kau ni memang tak reti hormat majlis orang ke? Jangan nak jadi kurang ajar sangat!"Sesudah itu, suara Datin Medina memetir tidak puas hati terhadap perangai buruk anak tirinya itu.

"Ini rumah aku, perempuan tua. Aku tak kuasa orang buat bising dalam rumah aku. Tutup mulut kau sebelum aku sendiri yang lempar pakaian kau keluar dari Salmonacreeks."

"Apa? Kurang ajar kau ni! Haidar, look. Kami ditindas semenjak dia yang pegang amanah Gambino!"Datin Medina tak mahu kalah dengan mengadu domba kepada suaminya yang asyik mendiamkan sedari tadi.

"Siapa yang tak suka dengan undang-undang yang aku buat dalam rumah ni, boleh berambus! Aku tak perlukan anjing liar merempat dalam rumah aku. Kau, kau ,kau dan kau bukan sesiapa dalam rumah ni. Darah atuk nenek moyang aku tak ada mengalir dalam darah korang." Hayden lancang menuding jari telunjuknya kepada Datin Medina serta tiga orang adik beradik tirinya.

"Hayden, sabar sayang. Hades—" Noora pantas mencelah ingin meredakan ribut badai melanda diri Hayden.

"Aku tak perlukan kau."Amaran Hayden tika Noora mara ke arahnya.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now