58 | THE AFFIDAVIT

29.2K 1.6K 110
                                    

SEBUAH pacuan empat roda jenama Nissan Navara perlahan parkir bersebelahan dengan sebuah Koeniggseg Agera milik Hayden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBUAH pacuan empat roda jenama Nissan Navara perlahan parkir bersebelahan dengan sebuah Koeniggseg Agera milik Hayden. Termenung jauh buang pandang serta menenangkan fikiran yang sedang kusut, Hayden dikejutkan dengan kehadiran Superintendan Zarul setelah setengah jam menunggu di kawasan itu.

Superintendan Zarul menapak ke arah Hayden selepas mencapai sehelai dokumen tersarung rapi dalam sebuah envelop. Punggung direhatkan pada muka kereta mewah Hayden.

"Aku harap kau tak terkejut dengan berita ni, budak champagne."Anggota CID berusia 30-an itu sua dokumen tadi pada Hayden.

"Dah lama aku tak dengar aku tak kena panggil dengan nama tu. Aku ingat tak ada lagi orang panggil aku guna nama tu." Hayden senyum sumbing. Gelaran 'budak champagne' yang sering meniti di mulut rakan sebaya semasa menuntut di Boston dulu semakin ditelan masa dan zaman.

Superintendan Zarul gelak kecil. Siapa tak kenal dengan Raja Hayden Behzad dulu? Penyandang gelaran budak champagne atau champ boy kerana berjaya mencipta sejarah menyimbah champagne pada muka Prof. Kingstons, profesor paling ditakuti para budak jahat di kolej.

Selepas itu, Hayden juga berjaya mencipta rekod bercinta dengan Lorrie Kingstons, gadis paling sombong serta acah high class di kolej sekaligus anak kepada Prof. Kingstons sehingga Prof Kingstons diserang sakit jantung apabila mengatahui Lorrie mempunyai hubungan dengan Hayden, si budak champagne celaka yang telah menyembur mukanya dengan champagne.

Dan, yang paling menggemparkan Hayden telah meninju muka si pengadil bola rugbi kerana tidak adil serta pilih kasih semasa perlawanan Boston Summer Rugby 2014.

"Well, it's been a long time."Hayden hembus nafas seraya menyelak isi yang terkandung dalam envelop. Beberapa keping gambar Hades sedang duduk dalam sel besi bersama banduan lagi. Kemudian, mata Hayden mati pada satu foto Noora sedang menelefon Hades di penjara.

"Kawan aku ambik gambar tu sebulan yang lepas. She is your wife, man. Aku fikir mereka ada hubungan yang agak istimewa di belakang kau selama ni." Teka Superintendan Zarul sambil mencucuh sebatang rokok.

"Suprise but not suprise."Gumam Hayden. Bulu kening diangkat tinggi pada Superintendan Zarul. Terkejut? Memang tak lah. Perempuan spesis Noora Belinda sudah banyak dia temui sebelum ini.

"Dia dah nak setahun meringkuk dalam penjara. Asal kau tak pernah tahu? Keluarga kau memang tak pernah jejak dia ke apa?"Superintendan Zarul pandang Hayden yang sedang menghempas selamba kepingan gambar atas bonet kereta.

Tanpa reaksi, Hayden menidakkan tebakan Superintendan Zarul. Siapa cakap dia tidak menjejaki? Oleh sebab Hades meringkuk dalam penjara lah dia jadi sukar untuk mengikuti perkembangan abang tirinya itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now