4 | UNFAIR PENALTY

44.9K 1.9K 79
                                    

DUA buah kotak dan sebuah beg bagasi dipunggah keluar dari bonet kereta selepas mereka sampai di rumah single storey milik Zakyna

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA buah kotak dan sebuah beg bagasi dipunggah keluar dari bonet kereta selepas mereka sampai di rumah single storey milik Zakyna.

Selepas mengarahkan seorang daripada pengawal peribadinya menarik beg dan meletakkan kotak tadi di depan pagar rumah sewa Zakyna, Hayden menghampiri Mawar yang sedang tercegat berdiri di depan pintu kereta.

"Kau tipu aku, Mawar!"Bentak Hayden. Kunci kereta ditunjuk pada mata Mawar yang berair. Hendak atau tidak nak, Mawar kena tinggal di rumah Zakyna. Setiap kali wajah ini bergentayangan di depan mata, hati lelaki Hayden bagai dirobek-robek.

Mawar terus menukil wajahnya ke lantai. Salah dia juga kerana berani membohongi Hayden tentang kehamilannya yang palsu. Hayden nampak sangat marah dan tidak puas hati.

"Sampai bila kau nak menipu orang macam ni? Sampai mati? Taubatlah kau sebelum malaikat maut cabut nyawa kau dalam keadaan kau dipenuhi dengan dosa-dosa menipu orang selama ni."Marah Hayden. Dalam dan tegas.

"Kalau saya tak buat semua ni, awak tak akan berhenti menyakiti saya. Awak tak akan berhenti seksa Luke. Awak tak akan berhenti sekat hubungan saya dengan Nathan."

Mawar beranikan diri mendongak muka. Kosong wajah Hayden. Berpaling kepadanya juga jauh sekali. Seolah-olah mukanya dipenuhi dengan ulat. Hayden kelihatan sangat jijik.

"Lupakan Luke Ilman. Sekali lagi aku tegaskan ,tak ada nama Luke Ilman lagi dalam perbualan kita. Aku tak nak dengar nama jantan tu lagi."Ujar Hayden.

"How? Macam mana saya nak lupakan Luke? Luke nyawa dan hati saya. Saya tahu Luke masih dalam tahanan orang-orang awak."Mawar bidas saat Hayden mahu masuk ke dalam badan MPV Vellfire.

"Jalan, Marco." Hayden memberi arahan kepada pemandu di depan untuk meninggalkan tempat itu dengan segera. Ah dia peduli apa dengan esakan Mawar. Buang masa saja! Menyesakkan halwa telinga saja.

Tika pintu kenderaan elit tersebut mahu tertutup rapat, Mawar menjerit sekuat hati. Kejamnya Hayden mengusirnya kerumah Zakyna. Sepupunya itu bukannya orang yang boleh dipercayai!

"Hayden, saya tak nak tinggal sini. Zakyna tak suka dengan saya. Please, Hayden. Jangan tinggalkan saya dekat sini!"

Hayden gerakkan tangan supaya pintu yang tersekat tadi ditutup semula. Berlakon! Setahu dia, Zakyna seorang sangat baik hati masakan Mawar menuduh Zakyna tidak sukakan kehadirannya di rumah sewa tersebut?

"Hayden!"Mawar pukul pintu MPV itu dengan kuat. Rayuannya tidak pernah di hiraukan oleh Hayden dan MPV gelap tersebut laju membelah kepekatan malam.

"Hayden!"

"Hayden, berhenti!"

Mawar terus berlari dan tidak berputus asa mengejar MPV yang semakin jauh dari pandangan mata sampai nafas lelah dan tidak dapat meneruskan lagi lariannya sehingga dia terduduk lemah di atas tar jalan. Menangisi nasibnya yang begitu malang sangat hari ini.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now