"TUAN HAYDEN, Tuan Haidar nak berjumpa sekejap dengan tuan di bilik bacaan. Privasi." Amanah Datuk Raja Haidar dibawakan kepada Hayden yang tengah menapak keluar dari kolam renang. Sehelai tuala putih bersih disuakan kepada Hayden.
Hayden membuat reaksi faham dengan sekadar memberi anggukan kepada orang gaji itu. Agaknya apa lagi topik perbincangan kali ini? Tiba-tiba pula Datuk Raja Haidar meminta perjumpaan empat mata secara privasi malam ini.
"Ada apa-apa saya boleh tolong lagi, Tuan Hayden?"
"Tak ada. Kau boleh pergi sekarang."
"Baik tuan.Terima kasih." Sarat dengan hormat kepada Hayden , orang gaji Villa Salmonacreeeks tersebut mencorak langkah pergi dari kawasan kolam renang selepas mendapatkan persetujuan daripada majikannya.
Setelah beberapa saat menekur diam dan berfikir, Hayden berlalu ke bilik persalinan. Tidak sampai setengah gigi tangga dia berjaya pijak, Hayden terserempak dengan Hansen yang baru saja keluar dari bilik bacaan. Ketat muka Hansen.
"Kalau ada apa-apa soalan keluar dari mulut papa nanti, jangan tuduh aku macam-macam. Jangan babitkan nama aku sekali dalam krisis rumahtangga kau!"Amaran Hansen pada Hayden.
"Apa maksud kau?"Hayden balas keras amaran Hansen.
Tiada balasan daripada Hansen sebaliknya lelaki muda itu hanya keluar tergesa-gesa memboloskan diri dari pintu utama Villa Salmonacreeks. Tajam mata Hayden menghantar pergi bayangan Hansen. Tidak sedap hatinya kerana pada pemerhatian Hansen seperti sedang menyorokkan sesuatu.
PINTU bilik bacaan dihempas perlahan. Hayden mengambil tempat duduk di depan Datuk Raja Haidar yang telah siap menunggu ketibaannya.
"Cakaplah apa papa nak cakap dengan Hayden."Hayden memecahkan keheningan di antaranya dengan Datuk Raja Haidar.
"Papa dengar kau nak pergi Istanbul besok. Is it true?"
Hayden angkat sedikit mukanya pada Datuk Raja Haidar. Memanah anak mata ayahnya. "Ya, kenapa? Siapa yang beritahu papa fasal semua ni?"
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...