5 | LESUNG BATU

41.4K 1.8K 83
                                    

SUDAH lebih setengah jam Hayden melayani perasaanya sendiri di gazebo Villa Salmonacreeks

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUDAH lebih setengah jam Hayden melayani perasaanya sendiri di gazebo Villa Salmonacreeks. Recurve Bow disandarkan pada kaki kerusi sambil tangannya ligat melambung arrow dengan perasaan berkecamuk.

"What did just happened actually, Hayden?"

Datuk Raja Haidar kesahkan nafas selepas menyedari Hayden seperti memandang enteng terhadap kehadirannya disitu. Tidak sampai satu jam Hayden sudah menyerah kalah dengan permainan memanah. Selalunya Hayden tidak begini.

"Tak ada apa. Aku penat saja."Balas Hayden. Mata diutarakan ke tempat lain. Entah kenapa, dadanya sangat mampat hari ini. Yang dia pasti, dia sangat rindukan Rossa Belladonna. Selalunya hujung minggu begini diisi dengan masa bersama arwah Rossa. Arwah Rossa Belladonna seorang pemanah yang handal.

"Kalau marah sekalipun, janganlah sampai halau isteri dari rumah. Kita tak tau, nak ke tak si Zakyna tu tumpangkan si Mawar tu dekat rumah dia."Nasihat Datuk Raja Haidar perlahan.

Hayden mendiamkan diri. Baginya, Mawar selamat di rumah Zakyna. Tak ada apa yang perlu dihiraukan dan tidak sebab Mawar tinggal di Villa ini. Perempuan licik seperti Mawar akan ada agendanya sendiri dan membahayakan orang di dalam Villa terutamanya Nathan.

"Hayden gerak dulu. Nak tengok Nathan. Sorry, tak ada mood nak main hari ni."Hayden letak set barangan memanah di atas meja dan memanggil seorang orang gaji untuk menyimpan segala peralatan tersebut semula di tempat yang dikhaskan.

"Papa nak kau jemput balik si Mawar tu. Tak baik buat isteri macam tu. Kau dekat tempat lain, isteri dekat tempat lain mana boleh macam tu. Baik buruk si Mawar tu, dia tetap isteri kau jugak."

Kata-kata Datuk Raja Haidar ditinggalkan sepi. Tiada apa yang perlu dipertikaikan. Hayden mati kata dan malas hendak berbahas mengenai perhubungannya dengan Mawar.

Melihat Hayden yang terus berlalu, Datuk Raja Haidar hanya mampu menggeleng kepala. Nampaknya kepala Hayden semakin keras dan semakin sukar menerima nasihat semenjak kematian Rossa Belladonna.

Sampai di depan pintu kamar, Hayden tolak sedikit pintu kamar anak lelakinya. Nathan kelihatan sangat tekun melukis di atas kertas kanvas membuatkan senyuman Hayden terukir sedikit. Tawar.

"Bahhhhhahaha!"Hayden tangkap tubuh Nathan tatkala budak lelaki tersebut sibuk memikirkan apa yang mahu dilakar di atas kertas kanvas.

"Tak nak! Nathan tak nak!"Nathan melingas-lingas tidak senang. Panjang muncung bibirnya.

"Ala, kenapa tak nak? Nathan tak nak kawan dengan papa ke hari ni?"Hayden renahkan punggungkan di atas birai katil. Kepala Nathan digosok manja.

"Nathan tak nak! Nathan tak nak kawan papa! Nathan nak Auntie Mawar! Papa jahat! Nathan tak suka papa!"Selepas meletakkan berus lukisan di dalam cup air, Nathan berlari ke katil. Tubuh segera diselubung dengan sehelai selimut.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now