"MAWAR, kau sabar ya? Tak apa, aku akan follow kau ke balai polis."Hazel sebak. Bahu Mawar diusap lembut bila salah seorang anggota polis perempuan menggari tangan Mawar ke belakang.
Mawar sekadar mengangguk lemah. Tidak ada sebarang bantahan, Mawar ikut saja arahan pihak berkuasa untuk bergerak keluar dari apartment Hazel. Lubuk hati berkisar pasrah. Kejadian dia menderakan Kamarul hanya ingin melindungi diri sendiri saja.
"Jalan dan ikut arahan kami puan." Arah anggota polis wanita tadi dan Mawar hanya tersenyum pahit tanpa menoleh ke belakang lagi.
"PUAN MAWAR , Puan tahu kenapa puan direman?"Polis perempuan bertag nama 'Detektif Maria' tersebut menyampaikan sebaris soalan kepada Mawar.
Mawar mengangguk.
"Tahu, detektif"
"Berdasarkan laporan, puan didapati telah mencederakan seorang lelaki bernama Kamarul Bin Azim di taman perumahan mangsa dengan menggunakan objek tumpul. Mangsa telah dijumpai oleh isteri mangsa terbaring tidak sedarkan diri di dapur pada pukul 4.30 petang. Boleh ceritakan kepada dekat saya kenapa benda boleh berlaku, Puan Mawar? Adakah puan dan mangsa bergaduh? Sebab apa?"Detektif Maria lancar menyebut segala pertuduhan yang telah dilaporkan oleh Zakyna.
"Kamarul cuba nak buat benda tak baik dekat saya. Dia cuba nak raba saya dan saya bertindak menghentak kepala Kamarul dengan lesung batu sebab saya nak melindungi diri sendiri."Mawar tenang menjawab.
Detektif Maria kerunyut dahi.
"Encik Kamarul dah berapa kali buat benda ni dekat puan? Sebelum ni pernah buat laporan polis tak?"
"Dua kali. Kali pertama dua tahun yang lepas tapi syukur kerana saya dapat melarikan diri.Saya tak pernah buat laporan polis berkaitan hal ni sebab sepupu saya mengancam saya buat laporan polis."Jelas Mawar.
Detektif Maria menggerakkan kepalanya tandanya faham akan kenyataan Mawar. Dicatit segala pengakuan daripada Mawar untuk proses siasatan kelak.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...