5 BULAN KEMUDIAN
"—MÉMÈRE! Pépère!" (Nenek!) (Atuk!)
Kelihatan seorang budak perempuan berambut perang berlari-lari masuk ke dalam Château De Vollini sambil membawa sebuah bakul persis bakul wanita dongeng Snow White. Di dalam bakul itu dipenuhi dengan buah anggur dan lima biji buah epal segar yang baru saja dipetiknya dari vineyard.
"Hey, Sierra? Why so early today?"Seorang wanita berpakaian orang gaji mendekati Sieera yang sedang meletakkan bakul buah-buahan di atas meja makan.
"—Bonjour, Geraldine."Sierra membalas malas.
"What is it, little woman?" Geraldine belek apa di dalam bakul Sierra.
"Hey, what is it?!"Belum sempat Sierra menyahut pertanyaan Geraldine, mereka dikejutkan dengan suara budak lelaki menerjah pintu lalu menyelongkar bakul buah-buahan Sierra.
"No, Nathan! That is for grandpa and grandma! Not for you, là plouc!"Bentak Sierra. Tangan Nathan lantas ditepis ke tepi. Berubah cemberut masam air mukanya. Mulut panjang muncung sedepa. Rimas dengan kehadiran budak lelaki itu selama lima bulan ini.
Selepas terkena layanan buruk Sierra, Nathan terdiam tidak lama. Mulut menyebek ke tepi. Ada sedikit bunyi enjin tangisannya sudahpun keluar.
"S'il te plait, tais-toi!" (Sila diam!) Marah Sierra. Biji mata dibesarkan kepada Nathan mendorong tangisan Nathan semakin besar.
Sieera jelirkan lidah. Makin galak membuli Nathan. Eh, dasar budak lelaki cengeng! Walaupun mereka sebaya umur, tapi Nathan kelihatan sangat manja dan kuat tantrum jauh berbeza dengan dirinya. Sebagai anak orang gaji dan anak seorang pemetik buah-buahan, dia telah mengenali bagaimana susahnya hidup mereka sekeluarga.
"—Sierra, souviens-ti qu'il est un seignuer!" (Sierra, ingat bahawa dia majikan kita!) Bisik Geraldine. Bahu Sierra dicuit.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...