29 | RAHSIA MAWAR

39.4K 1.6K 238
                                    

BINGKAS DUDUK, bingkas duduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BINGKAS DUDUK, bingkas duduk. Itu saja yang dia mampu sejak tadi. Punggung Mawar tak boleh duduk diam. Jiwa kacau. Semalaman dia tidak boleh tidur memikirkan masalah yang telah melanda baru-baru ini.

"Mawar! Mawar!"Bam! Bam! Pukulan pada daun pintu menyebabkan Mawar hampir terkencing.

Selepas mengatahui berita itu semalam, suara dan rentak kaki Hayden kadangkala membuatkan dia jadi seriau. Pertama, terasa berdosa kerana menyembunyikan kenyataan dan yang kedua, terpaksa menyimpan kebusukan Hades dan arwah Rossa demi Nathan.

"Hayden?"

"Mawar, buka pintu ni."

"Okey, sekejap!"Mawar belek muka serabut pada cermin terlebih sendiri supaya kuat dan biasa berhadapan dengan pemuda sebentar lagi.

Tombol pintu dipusing dan terpaparlah wajah bengang Hayden di muka Hayden sambil mendukung Nathan. Tanpa salam, Hayden terus menerjah masuk ke dalam bilik tidur Mawar dan Nathan.

"Kau buat apa dalam bilik ni? Kenapa biarkan budak ni berkeliaran dekat luar?"Soal Hayden siap dengan nada peliknya.

Mawar terkulat. Benar juga. Macammana dia boleh terlupa Nathan masih bermain di luar tadi? Oh Tuhan, apa dah jadi sebenarnya?

"Er,sa—saya baru—"

"Aku dah amanahkan kau untuk tengokkan dia. Why did you do this?"Keras suara lelaki itu sambil menatap tajam wajah pucat lesi Mawar.

"Saya baru keluar dari bilik air."

"Baru keluar dari bilik air sampaikan budak ni tertidur dekat luar?"

"Saya minta maaf." Mawar kalut.  Kertas laporan DNA semalam disorok lebih jauh ke dalam blanket. Mujurlah Hayden tidak syak apa-apa sebelum dia mengambil tubuh Nathan yang layu di dalam dakapan Hayden.

"Muka kau pucat. Kau tak sihat ke?"Pantas tangan Hayden menyambar pergelangan tangannya.

"T—tak lah. Saya okey aje."

Hayden angguk faham. Pipi Mawar dicekup.

"Look at me. Jangan rahsiakan apa-apa daripada aku. Mata kau macam ada benda yang kau tengah sorok dari aku."

"Apa maksud awak ni? Tak ada apalah! "Mawar melingas dan terus tergesa-gesa meninggalkan Hayden yang telahpun mengeluarkan riak pelik.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now