53 | SURAT, BUKTI LAYANG

40.9K 1.9K 199
                                    

BANG! BANG! KBANG! Nyaring berdentum disana-sini, bunyi pintu sel besi mencemarkan lubang telinganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANG! BANG! KBANG! Nyaring berdentum disana-sini, bunyi pintu sel besi mencemarkan lubang telinganya. Seperti biasa, teriakan beberapa orang warden penjara sentiasa bergema menegur banduan-banduan yang kurang ajar sengaja membuat bising di kawasan itu.

"Sudahlah goncang pagar besi ni bodoh! Gila ke apa! Kau ni dahlah bodoh, tunjuk lagi perangai samseng kau dekat sini sampai bila nak keluar penjara!"

"Eh, kau sibuk apa sial aku goncang pagar besi? Aku fuck pagar besi sampai beranak pun tak ada hal. Bukan kau yang bagi aku makan. Kerajaan! Setakat gaji kau jilat dubur kerajaan, menteri main rasuah pun kau takut nak tangkap! Ah, pungkoq mak kau!"

"Diam!"

"Aku jual pelacur aje pun, bukan jual mak kau!"

"Hoi, laparlah! Bila lagi nak makan ni? Dah nak pukul 1.30 petang ni! "Bentak suara-suara sumbang mengadu mereka tengah kebuluran belum dihidangkan apa-apa makanan. Agresif kerana dihukum tidak melakukan kerja amal pagi tadi.

Termasuk dia, dia bukannya culas menyapu sampah di depan gelanggang tapi ada sekumpulan samseng sial cuba menggertaknya di belakang stor kebun.

Srakkk! Hades tersentak ekoran sesuatu menyasar laju ke arah kakinya. Sebiji pau kosong, nasi sejuk sebesar penumbuk dewasa dan ikan kembong setengah badan kelihatan dihidangkan di atas sebuah tray steel.

"Ikan kembong, ikan kembong, ikan kembong! Tak ada makanan lain ke? Dah nak muflis ke apa kerajaan ni?!" Komplen penjenayah di sebelah sel besinya.

"Makan ajelah bodoh! Tak cukup, hisap telur kau sendiri!"Lawan seorang pegawai penjara kerana tertekan dengan aduan tidak bersyukur penjenayah celaka tak masuk ajar tersebut.

Masuk hari ini genap sebelas bulan dia meringkuk dalam penjara kerana tertangkap cuba berkomplot dengan seorang datuk dalam jenayah perjudian atas talian. Jadi, dia cuma ada tinggal 5 bulan lagi untuk menamatkan segala hukuman penjara.

Hades susun kaki ke arah pintu pagar besi. Sehelai kertas saiz A4 dilipat kecil di dalam tray dipandang lama kemudian diambil untuk melihat isi kandungan yang tertera dalam kertas tersebut.

Sunyi —Nafas tenang tadi tak semena-mena berombak ganas. Peluh merecik dahi. Tidak percaya, Hades terduduk lemah di tepi dinding sebelum tangisan jantannya pecah. Meraung dalam hati kenapa Tuhan menghukumnya seteruk ini?

Adakah kerana dia pernah membuang Nathan? Adakah kerana dia tidak pernah menghargai kewujudan Nathan? Adakah kerana dia tidak ada hati perut meninggalkan Nathan? Adakah kerana dia tidak terlintas untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah. Dia tidak sempat!

Hades tersedu-sedu sendirian. Dia tidak pasti dia redha atau tidak. Penyesalan paling besar dalam hidupnya. Mati atau hidup, dia akan mencari siapa dalang pembunuhan Nathan hingga ke lubang cacing.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now