18 | JEJAK MAWAR

39.2K 1.7K 58
                                    

BULU ROMA merinding tegak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BULU ROMA merinding tegak. Mawar usap tengkuk sendiri. Dan, langkah tetap dia atur selamba bergerak ke depan. Perasan negatif itu cepat-cepat dia usir. Mustahil Hayden dapat menjejakinya hingga ke Turki. Kecuali, ada sesiapa yang membocorkan rahsia. Sesekali tangannya ingin mendail nombor Nadya, mana tahu Nadya dapat dihubungi.

Bukan dia...Bukan Hayden...Bukan...

Belum tamat Mawar berdiskusi dalam hati, Mercedez C200 tadi kedengaran meluncur laju kerana ingin menyaingi kaki Mawar dan membrek mengejut melintang di depan Mawar. Tika bunyi tayar bergeser dengan permukaan tar berdesing menghentam lubang telinga, Mawar jadi beku. Menjojolkan biji matanya pada seorang pemuda bercermin mata gelap yang sedang keluar dari kereta elit itu. Skrittt!

"Hay—"Mawar gugup. Gemuruh hatinya bertukar bak paluan kompang dengan irama yang tidak seiring. Mawar undurkan selangkah dua kakinya ke belakang. Berharap akan ada insan mulia yang akan memberi satu pertolongan kepadanya. Kosong! Lorong kecil itu masih kosong. Hayden dan orang-orangnya cukup pintar mencari ruang untuk menghambatnya.

"Stay at where you are. Boby, Franz pergi kepung perempuan ni"Amaran Hayden kepada Mawar. Pun begitu, dua orang pengawal peribadinya berbadan besar sama-sama keluar dari kereta.

"Balik."Kata Hayden pendek. Serius. Tubuh Mawar dihampiri pantas lengan Mawar dicekaunya laju.

"Tak nak! Saya tak nak balik! Saya tak nak balik Malaysia!"Mawar melawan kudrat jantan Hayden.

"Aku cakap, balik! Baliklah!"Suara Hayden memetir hebat di kawasan lorong kecil tersebut. Badan genit Mawar didorong lebih ke pintu kereta.

"Buat masa sekarang, saya dengan Nathan tak akan pulang ke Malaysia. Kalau ada pun, saya jenguk ayah saya nanti. Bagaimanacarapun awak heret saya, saya tak akan balik Raja Hayden Behzad!"

"Dekat mana kau sorokkan Nathan sekarang ni?" Dalam tujahan mata helangnya menyiat kulit muka Mawar manakala rahang Mawar turut dicengkam.

"Saya tak akan buka mulut meskipun awak nak pancung kepala saya! Nathan tak berhak ada ayah macam awak. Saya nak lindung Nathan sepertimana yang Rossa pernah cakap dekat saya dulu! Sebab Nathan tu amanah saya. Awak tak boleh halang saya!"Bentak Mawar.

"Where is my son?!" Hayden makin tantrum.

"Kenapa? Saya tak ada hak dekat Nathan ke? Awak kan nak kahwin dengan Noora. Buatlah anak banyak-banyak lepas kahwin! Tapi Nathan, saya tak akan lepaskan dia pada orang macam awak dengan Noora!"Gampang, Mawar menggertak Hayden.

"Kau dengar sini, perempuan. Kau ni dah gila, Mawar. Kau bernasib baik sebab aku tak buat apa-apa tindakan dekat kau. Kau bersyukur sebab aku tak dakwa kau atas kesalahan menculik dan menyembunyikan anak aku!"Bak! Hayden tumbuk pintu kereta hingga berganyang kereta tanpa dosa itu. Apa dia peduli!

"I'm not afraid..."Desis Mawar.

"Aku nak kau tunjukkan dekat mana kau sembunyikan Nathan dan balik dengan aku. Jangan uji kesabaran aku. Sabar aku ada hadnya."

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now