TERDENGAR desisan suara Datuk Omar membawa lamunan Hayden ke alam nyata semula. Tubuh yang masih menghadap pemandangan metropolis luar hospital swasta itu langsung dipusingkan ke arah siapa empunya suara.
"Are you okay, papa?"Bisik Hayden ke telinga Datuk Omar. Sambil itu, seluar hospital Datuk Omar diperiksa untuk memastikan tiada sebarang kebocoran pada pampers bapa mertuanya.
"Ma..war... "Bersama nafas yang kedengaran berantakan dalam alat bantuan pernafasan, Datuk Omar seru nama anak perempuannya beberapa kali.
Mawar? Memang tepat sekali, Mawar sering berkunjung ke sini untuk melihat keadaan Datuk Omar. Bunga ros putih di atas meja tidak jauh dari katil Datuk Omar dibelek beberapa kali.
"Mawar tak ada hari ni, papa."Ucap Hayden. Punggung dihenyakkan pada birai katil Datuk Omar.
"Cantik bunga ni. Harum semerbak. Tapi aku pelik juga sebab tak wad ni sangatlah privasi dan dikawal oleh orang-orang aku. Ada sesiapa masuk dalam wad papa selama ni sebelum Hayden tahu papa dah sedar dari koma?"
"Tell me, papa. Come on. Mawar dah lima bulan larikan diri dari Hayden." Hayden dekatkan telinga pada bibir Datuk Omar.
Kelihatan Datuk Omar mengebilkan kelopak matanya beberapa kali seperti masih mencerna ayat menantunya itu. Apa dah jadi pada Mawar? Kenapa Mawar melarikan diri? Tidak bahagiakah Mawar?
"Ma.. War..."Datuk Omar menjawab perlahan-lahan.
Jelas nama itu menjadi sebutan Datuk Omar, Hayden hembus keluhan ke udara. Tubuh kembali diangkat ke tepi dinding lutsinar hospital. Dipejamkan beberapa saat mata untuk mencari ketenangan di dalam keheningan dalam bilik wad itu.
"Aku tahu dia selalu datang sini. Semua ni salah Hayden. Mawar hamil dan cuba rahsiakan identiti sendiri untuk kaburkan mata aku. Hayden minta maaf sebab tak jaga anak-anak perempuan papa dengan baik."
"Rossa dan Mawar adalah dua beradik kandung yang pernah hadir dalam hidup aku. Papa tahu macam mana Hayden sayangkan dan cintakan Rossa. Dan, papa mesti tahu begitulah rasa benci dan dendam Hayden pada Mawar. Aku tak pernah cintakan Mawar."
"Sampai satu saat semua terbongkar dengan sendirinya. And , Looks like you're already knew everything about this.
Kedengaran, suara nafas Datuk Omar semakin kasar. Berharap Hayden tidak pernah tahu rahsia sulit yang telah terjadi di antara Hades dan Rossa sebelum kematian Rossa.
"Late Rossa was a unfaithful wife and Nathan is not my biological son, papa...." Tutur Hayden dalam. Berubah mencerlung anak matanya memandang luar hospital.
"Why?" Hayden bertukar bengis. Katil Datuk Omar didekati semula. Walang hatinya kerana telah ditipu hidup-hidup selama ini. Sepertinya, Datuk Omar telah bersengkongkol dengan Hades untuk menikam pisau di belakangnya.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...