SATU MINGGU sudah berada di Hadimkoy, Nadya mengajak Mawar dan Nathan pulang ke rumah keluarga angkatnya iaitu keluarga Tamriks di Antalya. Meskipun kian berasa selamat dari sebarang gangguan dan Nathan juga beransur baik dapat menyesuaikan diri tanpa Hayden disisi, tapi hati Mawar masih dirundung lohong pelik. Tiga hari tiada khabar berita daripada Hazel mengenai perkembangan kehilangan mereka di Malaysia. Adakah semuanya baik-baik saja? Kenapa Hazel diam dan tidak membalas pesanan Nadya tiga hari yang lalu?
"Anne, Ne icmek isteriniz?" (Mak, Mak nak minum apa?)
Kedengaran suara Nadyna melaung pada ibu angkatnya, Puan Nare yang sedang menyidai pakaian di luar rumah.
"Ben cay icerim!" (Mak minum teh!)
"Baba?" (Ayah?)
Encik Tamriks membalas. Lembaran surat khabar diselak satu-persatu. "Ben kahve icerim." (Ayah minum kopi)
Selepas menghidangkan kopi untuk Encik Tamriks, Nadya atur langkah kepada Mawar. Secawan teh diletakkan di depan Mawar.
"Sekejap lagi Baba dan Anne nak turun kerja. So, kita bertiga saja lah dekat rumah. Selalunya, Emeer ada juga datang sini."
"Baba dan Anne kerja dekat mana?"Tanya Mawar. Kemudian, mata dilirik sekilas kepada Encik Tamriks. Encik Tamriks dan Puan Nare suami isteri yang ramah dan penuh dengan kelembutan. Kedatangan dia dan Nathan dengan disambut baik. Dia dilayan seperti anak perempuan manakala Nathan dilayan seperti cucu mereka sendiri memandangkan suami isteri tersebut tidak mempunyai anak.
"Baba pemandu teksi. Anne kerja dekat kedai makan tak jauh dari sini."
Mawar mengangguk faham. Pandangan dilarikan pada Masjid Suleymaniye yang dapat terlihat tidak jauh dari tempat kediaman keluarga Tamriks. Sebuah masjid yang dibina pada zaman Sultan Suleiman I (Suleiman al-Qanuni).
"Nadya—"Mawar paut jari-jemari Nadya.
"Kenapa Mawar?"
"Saya nak cari kerja dekat Istanbul. Saya tak pilih apa-apa kerja asalkan halal."
"Insyaallah, Mawar. Kalau aku tak ada kelas esok pagi, kita pergilah cari."
"Thanks Nad. Saya tak dapat balas budi awak sekarang ni. Saya serahkan kepada Allah saja."
"Tak apa. Baba dengan Anne juga nak tolong kau berdua. Kau jangan risaulah semua tu. Banyak aje kerja dekat sini. Anne juga ada cakap dekat aku semalam yang boss dia ada cari seorang waitress."Jawab Nadya bagi menepis segala kerisauan dalam benak fikiran Mawar sekarang ini.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...