"NOORA dah larikan diri tak tau pergi mana. Papa dah contact Datin Ammara tapi Datin Ammara juga tak angkat panggilan."Datuk Raja Haidar hamparkan komunikasi antara dia dan Hayden setelah sama-sama mengunci mulut sejak tadi.
"Aku nak ceraikan Noora. Sekarang dah tiba masa aku lepaskan dia."Cetus Hayden sambil berpeluk tubuh, menyandarkan badan penuh santai pada badan dinding.
"Fikir dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru. Papa tahu kau sayangkan Noora, betul tak? If not, why you marry her? Perkahwinan ni tak boleh dibuat main, Hayden."
"Zaman konflik aku dan Mawar dah berakhir. Sekarang tiba masa Hayden lepaskan Noora. Hayden tak pernah cintakan Noora. I don't know why i'm marry her. I'm feeling so stupid."
"Hayden nak pulang ke France. Bawa Mawar dan Hakan sekali." Ya, itu tekad Hayden.
"Mawar dah sihat?"
Hayden cuma berdiam. Mengangguk malas.
"Kau beruntung sebab ada peluang kedua. Papa harap kau manfaatkan peluang kau ni."Nasihat Datuk Raja Haidar. Berharap Hayden akan tanam janji itu dalam dada dan berubah demi masa depan rumah tangga dia dan Mawar. Yang penting, demi Hakan Arsalan.
"Thanks for the advice."Ucap Hayden mendalam.
TALIAN BERSAMA seorang bernama polis bernama Superintendan Zarul dipadamkan. Hayden hembus segumpal keluhan. Noora tidak dijejaki dan sudah didapati telah meninggalkan negara sejak semalam lagi.
Untuk kes Zarra diperkosa oleh ayah saudara dan sepupunya, semuanya berjalan dengan lancar hari ini. Ayah saudara dan sepupu Zarra berjaya diberkas pagi tadi untuk membantu siasatan dan direman.
"Mawar dah tengok video tu."Suara lunak Mawar berlagu di belakang Hayden yang sedang gelisah dan buntu mencari cara untuk menjejaki Noora yang melarikan diri.
"Hmm, abang harap Mawar tak terkejut."Ucap Hayden mendatar sambil sibuk membalas pesanan daripada Superintendan Zarul. Telefon pintar dimasukkan ke dalam poket seluar pendek. Kemudian, barulah kakinya dibawa beranjak ke arah Mawar.
"Hakan dah tidur?"
"Dah."Tutur Mawar pendek. Bibir Hayden yang terasa sangat membelai tengkuknya dilarikan segera.
"Apa kata pihak polis?"
"Noora larikan diri. Dan, orang yang rogol budak tu dah kena berkas oleh polis."
"Then?"
"Sekarang ni tengah jejak Noora. Sejarah penerbangan Noora ke Moscow. Esok sambung lagi. Abang nak rehat, nak tidur. Nak peluk Mawar ketat-ketat."Tukas Hayden. Pinggang Mawar dipeluk kemas.
"Korang dah dapat sambungan tangkapan cctv?"Mawar putarkan tubuh hadap Hayden. Muka Hayden dipanah serius.
"Dah, cuma tak clear dekat part yang awal-awal. Suara tak berapa dengar. Tapi, tunggulah kami adjust dulu dekat orang yang pandai dari segi ni beberapa hari ni."
Mawar belakangkan Hayden semula. Mengangguk faham. Bunga gubahannya siang tadi diangkut ke atas sebuah meja kaca.
"Jadi, apa perancangan abang lepas ni?"
"Divorce her, ofcourse..."
Jawapan Hayden menjungkitkan senyuman sinis Mawar. Entah kenapa selepas menonton video itu Mawar jadi tak puas hati. Kenyataan Zarra seringkali menganggu kotak fikirannya. Adakah kerana Zarra mencintai Hayden? Atau—entahlah.
"I just wonder kenapa Zarra boleh bayangkan abang yang hamilkan dia. Benda ni macam ridicolous tapi Mawar nak abang berterus-terang dengan Mawar kali ni. Abang pernah berurusan dengan dia ke sebelum ni?"
"Mawar tak percaya dengan abang ke?" Tebak Hayden serius.
"Mawar percaya dengan abang. Siapa cakap Mawar tak percaya abang? That's why Mawar—"Mawar kelu seketika saat Hayden mencelah tak mahu kalah.
"Okay, look. Abang dah bagi Mawar tengok video tu maksudnya abang tak sembunyikan apa-apa dari isteri abang. Tak ada rahsia yang abang simpan."Hayden kejar tubuh Mawar di depannya. Cuba merangkul semula tubuh genit ke dalam dakapan tapi Mawar seolah-olah tiada selera dengan belaian itu.
"Boleh tak bila Mawar bercakap abang tak payah potong Mawar? Saya tanya awak pernah atau tidak awak berurusan dengan budak ni sebab dia macam syok sangat dekat awak. Memanglah abang tak ada simpan rahsia—"Ayat Mawar terbantut lagi.
"Kita boleh buat ujian DNA kalau Mawar rasa ragu-ragu dengan abang."
"Dengar saya dulu, Raja Hayden Behzad."
"No, kalau abang cakap tak buat memang abang tak buatlah. Isteri abang cemburu ke apa ni?"
"Typical you! Cakap dah berubah tapi bila ajak berbincang sikit masih lagi dengan ego. Memanglah saya sakit hati walaupun kenyataan dalam video tu tak betul. Dia tuduh awak hamilkan dia mesti ada sebab!"Bentak Mawar. Geram.
"Okay, ya. Abang pernah berurusan dengan dia sebelum ni tapi cuma bercakap biasa saja. Budak ni yang syok dekat abang. Bayangkan yang bukan-bukan. Abang nak buat macam mana?"
"Esok saya nak jumpa Zarra. Awak tidur bilik sebelah atau ruang tamu malam ni." Tegas Mawar. Gigi diketap tanda had kesabarannya benar-benar tercabar saat ini.
"Are you serious?"Hayden depakan tangan luas-luas. Redha, cuma mampu melihat Mawar berarak masuk ke dalam bilik.
"Mawar...."Seru Hayden. Cuba direntap tangan Mawar tapi gagal.
"Awak tidur dekat ruang tamu!! Tak payah gatal sentuh saya sana-sini." Gertak Mawar. Bam! Pintu kamar ditutup penuh baran. Terkebil-kebil pemuda itu di depan pintu.
"I love you, Mawar. Mimpi abang. Peluk cium abang untuk Hakan. Abang harap racun tikus dalam stor masih ada lah. Abang nak bawa diri. Bye, jaga diri...."Sedih ton Hayden. Haih, perempuan, apa masalah perempuan sikit-sikit nak cemburu buta!
*****
17.01.2022
—Drz🖤
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...