2 MINGGU KEMUDIAN
POLA nafasnya masih belum teratur. Berfikir dan terus berfikir bagaimana lagi untuk mencari wanita yang telah memegang takhta hati. Pelipis dipicit. Nafas kemudian dihela perlahan ke luar.
Kepulangan ini, Hayden berharap satu keajaiban akan berlaku. Dia tidak tahu lagi siapa kenalan terdekat Mawar selain Hazel, Nadya dan Noah mahupun sepupu Mawar, Zakyna tidak tahu dimana keberadaan Mawar.
"Sekarang dah masuk bulan kelima, Darvon. Kau dengan David masih gagal nak jejak dia. Kepulangan aku dari Perancis aku harap aku tak akan dapat berita mengecewakan macam ni."Dingin serta datar bibirnya berbicara.
Kedua belah tangan diselup ke dalam saku. Layu, pandangan ditenung pada titisan air hujan yang menghempas dinding luar pejabat.
"Maafkan kami, Tuan Hayden. Kami benar-benar belum dapat satupun jejak Puan Mawar walaupun dah pakai beberapa orang penyiasat persendirian. Tuan Raja Haidar dah nasihatkan kami untuk—"
"Jangan cari di luar negara. Cari dalam negara saja. Cari di kawasan perkampungan atau rural area. Kalau boleh cari kereta yang dia bawa lari masa tu." Pintas Hayden. Rasanya Mawar tidak ada kenalan di luar negara selain Nadya. Ameer juga sudah disiasat tapi tetap menemui jalan buntu.
Sebagai langkah yang lebih bijak, lebih baik melakukan penyiasatan di kawasan pedalaman kerana mustahil Mawar dapat melarikan diri ke luar negara dengan wang berjumlah dua ribu sahaja.
Dan, tetap mustahil Mawar menjual kereta itu dengan seseorang individu sekiranya tidak mempunyai dokumen sah melainkan menjualnya di pasaran gelap. Hayden tarik nafas. Sekarang bukan masa untuk melatah. Kesabarannya akan tetap membuahkan hasil kelak. Mawar tidak sukar hendak melarikan diri dari cengkamannya. Tidak pernah sekali.
"Baik, Tuan. Kalau macam tu, kami ikut saja arahan tuan."Baiklah, kalau itu yang Hayden mahukan. Bodoh juga kerana selama ini mereka tidak pernah terfikir untuk mencari di kawasan perkampungan di dalam negara saja.
"Satu lagi, jangan cuma perhati Mawar. Upah orang lain untuk cari dimana Hades sekarang ni."Tutur Hayden. Renungan yang redup tadi tiba-tiba tajam memanah refleksi diri pada pantulan cermin.
Lima bulan perkara pahit itu sudah berlalu, dendam masih terpahat dalam hatinya. Syukurlah kasih sayangnya terhadap Nathan Raja Baheen tidak lumpuh akibat kenyataan yang telah dia telan meski pahitnya lebih pahit dari hempedu. Sedikitpun rasa sayangnya tidak pernah tergugat walaupun suatu hari nanti kebenaran itu akan terbongkar dalam organisasi Gambino.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...