⚠️ W A R N I N G ⚠️
ABUSIVE SCENES 18+BANGGG! Dentuman kayu besbol menderaikan cermin kereta Hades. Impak dari serangan tersebut, Hades jadi hilang kawalan. Stereng kereta sukar dikelola. Brek juga tiba-tiba tidak berfungsi. Malang tidak berbau, Maybach hitam itu tersasar ke depan dan mengeluarkan bunyi yang agak dahsyat sesudah melanggar sebatang pokok. Bam!
Sepi.
"Hades—"Mawar gerakkan kepala jauh dari tingkap. Berpinar-pinar pandangannya dalam cubaan menangkap tubuh Hades yang telahpun dicekup oleh Hayden untuk keluar dari kereta.
"Aku tak dengar penjelasan dari kau! Sebelum kau jelaskan dekat aku, aku lebih tahu semua ni dari kau!"Hayden tangkap kolar baju kemeja Hades. Buk! Buku limanya singgah padu pada muka Hades.
"Aku tak pernah terfikir nak khianat kau. Tapi, arwah Rossa sendiri tak faham dengan sikap kau. Dia cintakan aku. Kau kena tahu semua ni."
"Aku tak nak tahu!"Buk! Buk! Buk! Hentaman kayu besbol disinggahkan tiga kali pada belakang Hades. Menyedari Hades tidak melawan sebaliknya hanya tertawa sinis, Hayden hilang pertimbangan. Tubuh Hayden yang terkulai layu atas tar jalan terus ditindih. Buk! Tumbukan Hayden sekali lagi mencium batang hidung Hades.
"Hayden! Berhenti!"Pekik Mawar selepas berjaya keluar dari kereta. Merangkak penuh drama mendapatkan tubuh Hades supaya Hayden menghentikan serangannya.
"Bos, cukup, bos!"Salah seorang dari kuncu Hayden menerpa ke arah Hayden dan Hades yang tengah bergelut hebat. Diekori juga dua orang lagi pengawal peribadi Hayden.
"Belasah dia ni sampai mati! Pagi esok, aku nak tengok mayat dia ni rentung depan mata. Puiii!"Arah Hayden pada ketua pengawal peribadinya setelah meludah kuat muka Hades yang lencun dipercik darah pekat. Kemudian, tangan Mawar direntap. Memaksa tubuh Mawar masuk ke dalam kereta mewah Lamborgini Huracan tadi.
HUTAN, pantai , dan laut. Itu saja dalam retina mata Mawar. Tempat apa ni? Bot yang dinaiki mereka tadi mengecil dan semakin mengecil dalam pandangan.
"Hey, Hayden!"Mawar berkata keras dengan wajah bengis. Dada bidang lelaki itu ditolak ke belakang.
YOU ARE READING
𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓
Romance𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐢, 𝐩𝐚𝐧𝐚𝐬 𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐭𝐨𝐫, 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐤𝐬. 𝐌𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐞𝐟𝐞𝐧𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢 𝐝𝐢𝐚? 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭, 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭! 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐧𝐭𝐮𝐦 𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚 𝐫𝐨...