Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
VILLA SALMONACREEKS
CAST : RAJA HAYDEN BEHZAD MAWAR MARIPOSSA NATHAN RAJA BAHEEN ROSSA BELLADONNA NOORA BELINDA RAJA HAKAN ARSALAN HADES
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Seribu satu kisah tentang pengkhianatan, memperjuangkan legasi ,pengorbanan dan cinta"
Satu tahun selepas kematian Rossa Belladonna...
VILLA Salmonacreeks semakin lengang ditinggalkan oleh tetamu yang datang untuk meraikan majlis perkahwinan di masjid Al-Aqsa petang tadi. Perkahwinan seorang anak bangsawan Perancis-Melayu.
Satu tahun yang lepas , isteri pertamanya mati diracun dan ditemui terbaring tidak sedarkan diri di dalam kamar. Kematian Rossa Belladonna masih misteri. Masih menjadi perbualan mulut pihak media.
"Congrats fella."Adam Luchesses sentuh bahu Hayden. Putera tunggal Hayden dan Rossa Belladonna dibawa ke dalam dukungan.
Adam Luchesses Abdullah, seorang congsigliere (orang kanan) yang menerajui pertubuhan Luchesses Co. Groups.
"Terima kasih."Lelaki umur bawah 30-an itu balas dengan nod ringkas.
"Uncle, thankyou for coming. Nathan dah ada mama baru. Yess!"Budak cilik berumur lima tahun tersebut girang sekali hari ini.
"Wow. Seriously, Den?"Adam Luchesses senggol bahu Hayden. Garisan kening terjungkit ke atas.