43 | PECAHKAN PINTU

39K 1.9K 184
                                    

PAP! Sekeping gambar dilunyai atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAP! Sekeping gambar dilunyai atas meja. Rumah setinggan? Mawar benar melampau. Bagaimana bayi mereka nanti membesar dengan keadaan rumah sempit tidak berdinding sempurna sebegitu? Ditambahkan lagi dengan sistem sanitasi yang tidak terurus. Memicit kening Hayden dibuatnya.

"Keluarga Awang ni tinggal dekat mana? Kampung apa?"Soal Hayden, ditala runcing anak matanya memanah muka James.

"Kampung setinggan Cahaya Budi. Ini memang tanah kerajaan dan agak sedikit berpaya. Dulu penduduk dekat sini dah digesa untuk berpindah tapi penduduk kampung ni menolak keras. Ada yang dah buat permohonan dekat kerajaan untuk dapatkan lot."

"Truely bullshit," Desis Hayden sendirian. Geram tidak tertahan. Awang memang kurang ajar. Menyorokkan Mawar dan telah menipunya hidup-hidup semasa mereka mencari Mawar di pulau lima bulan yang lepas.

"Call management Bella's Resort untuk panjangkan shift Awang hari ni. Kita kena ambil Mawar secepat yang mungkin. Lepas ni jangan harap aku nak bagi muka untuk budak penipu macam Awang." Tutur Hayden serius. Lima bulan sudah cukup. Masa yang amat panjang untuk dia diperbodohkan oleh budak setinggan seperti Awang. Dan, Awang juga perlu menghadapi hukuman yang setimpal selepas ini.

"KAK MAWAR! KAK MAWAR!" Gawat, suara rendah Yasmin menampar pendengaran Mawar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAK MAWAR! KAK MAWAR!" Gawat, suara rendah Yasmin menampar pendengaran Mawar. Terpisat-pisat Mawar bangun dari katil. Kening kian terlakar beberapa lapisan. Sukar memahami tingkah Yasmin yang gabra sambil menuding jari telunjuk ke luar jendela.

"Kenapa ni, Yasmin?"

"Shh! Cepat cari tempat untuk menyorok. Mereka ada ketuk pintu rumah tadi." Cerita Yasmin bersama wajah pucat lesinya. Tudung yang senget menyelubungi kepala diatur-atur.

"Yasmin, berapa lama mereka dah ketuk pintu sepanjang akak tertidur? Kenapa baru sekarang Yasmin nak bagitahu akak?" Bisik Mawar, gerun.

"Adalah 15 minit mereka dah merayau dekat luar rumah. Ya Allah, macam mana ni kak? Kena call Abang Awang ke?"

"Tak apa. Kita keluar senyap-senyap dari rumah ni. Cepat packing apa yang patut!"Gesa Mawar. Telefon dan powerbank disimpan laju ke dalam beg tangan.

𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now