[NO ONE'S POV]
"Naeun.. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua" chorong berkata dngn nada sedikit berbisik kepada Naeun yg sedang duduk memandang lantai.
Sepertinya Naeun faham kata-kata yg disampaikan oleh Chorong. Naeun hanya mengangguk kan kepala tanda faham.
"Kau cakap jelah" Kata Naeun lagi.
"Okayy .." Balas Chorong.
"Disebabkan semua orang ada dekat sini, kitorang nak bagi tahu satu rahsia" Kata Chorong sambil memandang mereka semua. Mereka semua terus memandang Chorong.
Ada yg bersila dilantai, ada yg berdiri. Ada yg duduk dia atas katil Hayoung. Ada juga yg duduk di sofa bilik Hayoung itu.
"Kitorang adalah serigala jadian" Terang chorong.
"Boyaaa?!" Jerit ahli exo serentak.
"Naeun dah Hayoung adalah serigala kuat, Saya, Namjoo, Bomi dan Eunji hanyalah biasa" Jelas Chorong lagi apabila melihat muka mereka semua terkejut.
"Apa beza kuat dan biasa?"
"Jessica pun serigala ke?"
"Macam mana korang jadi serigala?"
Pelbagai soalan ditujukan kepada group Apink.
"kalau Kuat, dia boleh bertukar kepada serigala dan boleh makan haiwan luar. Serigala kuat boleh kawal diri sendiri. Kalau serigala biasa, dia akan bertukar kalau keluar rumah pada waktu 2,3 pagi. Dan serigala biasa ni biasanya susah untuk kawal diri" Jelas Bomi panjang lebar.
"Kitorang jadi serigala sebab pernah termakan kelawar hidup waktu di camping dulu. Kitorang tersesat dalam hutan dan taktau apa benda nak makan. Kitorang pun bakar lah kelawar tu" Jelas Bomi lagi.
"Manusia dan serigala takboleh hidup bersama" kata Naeun yg dari tadi mendiamkan diri.
Naeun juga menjeling Sehun yg berada di sebelah Hayoung.
"Janganlah bagitau orang, anggaplah ni rahsia 5Dyen ye" Kata Eunji.
"Naee, arasseo" Jerit semua ahli Exo.
[Sehun POV]
serigala? wolf?
Dia?
Dia serigala?
Serigala apa comel macam ni. Aku merenung Hayoung yg berada di sebelah ku.
Tak kisahlah dia ni serigala ke, harimau ke. aku tetap sayang dia.
"Sehun we need to talk" Kata Naeun sambil menarik tangan aku keluar.
Apa lagi lah dia ni. Nak marah aku lagi ke .er
Di luar bilik Hayoung ..
"Dia nak kau, kalau dia nak, dia akan dapatkan walau macam mana sekalipun" Kata Naeun sambil merenung aku dengan tajam.
"Siapa?" Tanya aku. masih tak faham.
"Jessica" Balas Naeun ringkas.
"Tapi aku tak suka dia, aku sayang Hayoung. tolonglah" Kata aku.
"Kau dngn Hayoung tak boleh bersama. Kau sayang dia banyak mana pun kau tetap takboleh dengan dia, kau faham tak" Kata Naeun.
Tanpa berkata apa-apa. Aku terus beredar dan masuk ke bilik Hayoung. Aku melihat Naeun sudah memasuki bilik nya.
"Semua boleh balik bilik masing-masing" Kata aku.
Apabila mereka sudah beredar, aku mula menenung Hayoung. Cantiknya dia.
Aku tetap akan dapat kan dia.Pada kebesokkan harinya ..
[Hayoung POV]
Aku kat mana ni.. oh dalam bilik aku.
Eh siapa yg tidur tepi aku ni?Aku mengangkat sedikit kepalaku, Sehun rupanya. Kenapa dia tidur sini?
"Hensemnya dia, Mata dia, hidung dia, mulut dia, semua perfect" Kata aku perlahan.
Aku bangun dan ingin menuju ke bilik air ku untuk mandi. Kejap lagi ada kelas.
sehun ni macam mana pulak? Jap lagilah aku kejutkan dia. macam letih je.
Tiba-tiba ..
Tangan aku dipegang oleh seseorang.
Eh bila masa dia bangun? Dia dengar ke apa yg aku cakap dekat dia tadi? malunya"Morningg.." Kata Sehun.
"Sejak bila awak bangun?" Tanya aku.
"Sejak awak kata saya hensem" Jawab dia.
Arhhh, dia dengar. malunya.Aku terdiam. Dia terus merapatkan mukanya dengan muka aku. Dahlah dalam bilik tu kitorang berdua je.
"saranghaee .." Kata sehun dan terus memelukku.
Entah kenapa aku terasa ingin membalas pelukannya. Yahh, aku balas. aku balas.
"Hemm, awak busuk lahh, pergilah mandi.. hehe" Kata aku lantas menolak badannya ke bilik sebelah(bilik Sehun).
"Awakk punn. Kunci pintu ni. Nanti saya ngintai karang" Katanya sambil diikuti dengan gelak tawa.
Ketika aku ingin mengunci pintu..
"Awakk, tunggu kejap" Kata sehun lantas menolak pintu itu.
"Yahh, kenapa?" Tanya aku.
"Boleh tak awak panggil saya oppa?" Kata dia lantas mengenyitkan mata ke arah aku.
"Taknak lah." Balasku.
"Kalau taknak, saya taknak mandi" kata dia lagi.
Gedik betul. ngada-ngada punya sehun.
"Yelahh oppa!" Jerit ku je arah telinganya.
"Hahahaha, orite. Nanti tunggu depan bilik. kita sarapan sesama kat kantin. Bai sayang" Katanya lagi sambil bergelak tawa.
Tanpa sebarang kata, aku terus menutup pintu bilik. 'Sayang?' Hahahahahahaa. Dia ni lawak lah. Desis hati aku sendiri.
Setelah mereka bersiap mereka terus keluar dari bilik. Sehun yg siap dulu ..
Hayoung memakai baju sekolah seperti biasa. tapi kali ini rambutnya dilepaskan.
Sehun seperti biasalah. kekacakkan nya tiada tandingan dengan orang lain.
"Sayangg lawa hari ni" Kata sehun sambil berbisik di telinga Hayoung.
"Oppa pun" balas Hayoung.
"Jomm breakfast" Kata Sehun sambil menghulurkan tangan. pasangan yg sangat sepadan.
Mereka pun berjalan ke kantin..
-Skip-
&&
Keep reading ya?
Selamat membaca ,, kipidap
YOU ARE READING
Saranghae wolfgirl
Fanfic"Saya dah tahu awak siapa" senyum Sehun. "serigala.. kan?" Senyum dia lagi. Dia dah tahu? Tapi Oh Hayoung dan Oh Sehun tetap takboleh bersama. Manusia dengan Serigala? nonsense. Siapa yang boleh bagi mereka bersama? Ahjussi? Naeun? siapa? "Sarangha...